BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 15 June 2012

Kasihku Biyu


Biyu


14hb Februari adalah sambutan hari kekasih sedunia. Amboi, ramai la yang berpulun-pulun nak beli coklat, tedy bear dan juga bunga ros. Aku percaya, time ni, tauke coklat, teddy bear dan bunga ros memang masyuk la. Memandangkan aku tiada kekasih, makanya aku tak ada la sambut pun. Tapi kalau aku ada kekasih pun, tak ada juga aku sambut hari kekasih tu. Tak ada faedahnya.

                Tapi, hari ni adalah hari yang menyedihkan buat aku. Aku kehilangan anak kucing kesayangan aku, Biyu. Aku tak tahu punca kematian dia. “arh…dada aku sudah mula berombak, nak menangis!!”. Aku memang tak boleh kenang kisah Biyu, dari kisah Biyu la aku belajar untuk lebih prihatin terhadap kucing-kucing peliharaan aku. Mungkin itulah hikmahnya, ia menjadikan aku lebih prihatin. Sedar atau tak , kini aku menjaga kucing-kucing aku seperti anak aku sendiri.  Kehilangan Biyu memang member pengajaran.

                Aku masih ingat, tengah hari tu, aku dengar suara Biyu seperti biasa, nyaring. Tapi, sifat kemalasan aku dan sikap xambil peduli buat aku tak langsung menjenguk Biyu di dalam sangkarnya. Petang tu, aku tidak lagi mendengar suara Biyu, senyap, sunyi, sepi! Aku pun pergi menjenguk Biyu dan aku lihat, Biyu sudah terkial-kial menarik nafas. Ya Allah, apa dah terjadi ni. Aku sudah gelabah, panic! Tak tahu nak buat apa. Jam sudah menunjukkan pukul 6.15pm. klinik Veterinar mana lagi yang buka waktu-waktu begini? Tanpa membuang masa, aku mengajak adik aku untuk menemani aku mencari klninik veterinary. Malangya, semua klinik veterinary sduah tutup. Destinasi terakhir aku ialah Klinik Veterinar s.15, Shah Alam. Malangnya klinik itu pun sudah tutup. Waktu tu, hanya ada aku dan Biyu di dalam kereta sementara Mia pula keluar. Awan sudah mendung, angin pula bertiup agak kuat. Aku lihat Biyu sudah makin tidak bermaya, aku tahu, dia akan “pergi” meninggalkan aku. Aku panggil Biyu dan kemudia aku terdengar sahutannya walaupun lemah. Saat ini, air mata aku sudah tidak mampu dibendung lagi. Aku menangis. Aku lihat Biyu sduah keras, tak bernafas. Biyu menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan aku di dalam kereta. Waktu tu, hujan sudah mula membasahi lantai bumi, tanah-tanah mula basah manakala pepohon merimbun melambai-lambai ditiup angin. Namun, hati aku tidak senyaman udara yang berlegar. 

                Kemudian, dalam esak tangis, aku memandu kereta ke tempat kali pertama aku menjumpai Biyu. Aku tanamkannya di sana. Waktu itu waktu Maghrib dand alam keadaan hujan renyai. Aku katakana “Biyu, di sini dulu akak jumpa Biyu, akak pulangkan Biyu di sini ye, maafkan akak sebab tak jaga Biyu dengan baik, salah akak”. Hakikatnya aku takberhenti-henti menyalahkan diri sendiri dengan apa yang berlaku. Sehinggakan laman Facebook aku dipenuhi lambakan notes tentang Biyu. Tentang kenangan aku dan Biyu dan tentang betapa aku kesal dengan sikap acuh tidak acuh aku. Memori terakhir aku dengan Biyu memang indah. Aku sempat bawa Biyu berjalan-jalan menaikikereta dan pergi ke kedai membeli barang-barang dapur. Itulah detik terakhir sebelum Biyu pergi meninggalkan aku.

            Biyu..ank kucing ni aku jumpa kat tepi jln, hurm, kalernyer ala-ala kelabu dan matanya kaler biru, di situ dia dpt nama biyu…ala-ala sebutan pelat utk biru la..tp, ibu panggil dia kecik…kuikuikui…si kecik biyu!

Memandangkan dia ni kecik, so aku duk jenoh layan kerenah dia ni, sgt nakal n manja, suka gigit jari-jari tangan aku, dia ingat makanan dia agaknya! Huhuhuhu… dia ni juga suke main rantai aku, bila aku tido atau baring-baring di ruang tamu, tiba-tiba jerasa geli kat leher, rupanya makhluk kecik ni duk nak gigit rantai kat leher ni..aiyok!!! kalau tak bagi, dia naik atas badan dan membising!

Pastu, dia ni suke ikut org tak kira la mana kita berjalan pun, dia ikut je kaki ni…then, dia suke tidur menghadap muka aku or mia. Kalau kitaorg baring, dia akan baring gak kat depan muka kitaorg, xtau la pe motif dia..dia nak suh kitaorg tgk dia je kut..hehehehe…

Biyu ni gak suke memanjat atas lappy aku, amboi, kalau buka lappy, dia akan sibuk panjat nak duk lalu atas lappy, kalau tak bagi, dia bising, kalau pindah tempat tinggi, dia hentam manjat gak semata-mata nak lalu atas lappy.  Masa aku menaip ni, dia elok je tido sebelah lappy ni. Tak tahu kenape, dia mmg nk tidur mesti depan org. Oh, manjanya Biyu..

Warkah ini aku titipkan tentang isi hati aku kerana kehilangan Biyu:

Dear Biyu….

Maafkn akak Biyu, sume slh akak, akak yg xreti jg Biyu, anggap je akak dh aniaya Biyu, mmg slh akak, mmg akak yg berdosa..akk yg seksa Biyu..akak yg xreti syg Biyu..slh akak..tp, apapun, akak rindukan n syg sgt2 kt Biyu…lps ni, sp lg nak men gigit rantai akak? Sp lg nk duk kt atas dashboard? Sp lg nak men kejar2 dgn akk kt dlm umah? Sp lg nk bising2 kt akak? Sp lg nk gigit jari akak? Sp lg nk kejar n panjat lappy akak? Sp lg yg asik nk tido menghadap akak? Sp lg nk golek2 kt tapak tgn akak? Sp lg nk berebut mkn dgn akak? Akk baru rasa seronokny ada Biyu, tp Biyu pergi..Biyu..kalau akak mati, akak hrp, akak dpt jumpa Biyu kt syurga..maafkan akk Biyu sbb xjg Biyu dgn baik…Biyu leh slhkan akk sbb akak xreti jg Biyu..mmg slh akak..

Ya Allah, andai aku yg tlh membuat kesilapan ketika menjaganya, maka hukumlah aku, aku redha. Aku ingin bertanggungjawab ke atas kematiannya. Ya Allah, andai aku mati kelak, usai selepas engkau menentukan jln hidupku selepas matiku, berikanlah aku peluang utk bertemunya kembali, bertemu dgn kucing2 ku yg lain, berikan aku kesempatan walau sekali utk memohon kemaafan atas apa jua kesilapan yg tlh aku lakukan terhadap mereka.
Biyu, tenanglah di sana, akak pasti Biyu lbh bahagia di sana, janji akak, akak akn jd lbh baik lps ni. akak sygkan Biyu sampai akhir hayat akak, terima kasih sbb bg akak peluang bermanja dgn Biyu even sekejap. Biyu byk mengajar akak utk menjadi lbh bertanggungjawab.

Biyu, mmg kenyataan ini menyakitkan, akk mmg xberdaya nk terima semua ni, tp akak berserah padaNya. Mmg setiapkali akk pejamkan mata, akak ternampak Biyu..Biyu, terima kasih n maafkan akk…maaf sgt2…akk yg gagal…sekor anak kucing pn akak xreti jg..akk mmg bodoh Biyu…mmg salah akak Biyu..mmg slh akak…

“…Terkapai2 ku kelemasan, sakit dilambungg ombak kerinduan, di dlm tidur, did lm jg, diburu olh mimpi yg serupa, mengapa aku jd tidak menentu krnmu, ku menyelusuri jln yg berliku, membiarkan hari2 berlalu, tiada slm tiada pesan, memaksa diri utk melupakan, namun wajahmu, bermain di mataku, tiap waktu..mlm ku suram, siangku kelam, ku gelisahan…dan kau ku tinggalkan bersama luka di hati…”

Berlayar berbelok-belok,
Sauh dibongkar di tempat tenang,
Yg tinggal hati tak elok,
Yg pergi adakah senang?

~Bila sampai waktu, kita akan bersama….

Kekesalan aku memang tidak mampu dibendung, titisan air mata tak perlu la diceritakan. Tapi, malamnya, di saat aku sedang bersedih, Abi telah menghadiahkan aku 2 ekor anak kucing untuk dijadikan pengganti Biyu. Sepasang. Aku namakan mereka Bee bagi yang jantan dan Yu bagi yang betina. Sejakdari kepergian Biyu, banyak yang aku pelajari. Aku menjadi makin prihatin. Ye, aku menguruskan sendiri kucing aku tanpa mengharapkan sesiapa, malahan aku lebih kerap memerhatikan mereka, hingga tahap apabila aku ke kuliah, aku pasti call ibu dan bertanya tentang anak-anak kucingku itu.


0 comments: