BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 15 June 2012

Cincin dari Adam: Chapter 1


CHAPTER 1
JIKA ENGKAU PERGI

“…Takkan lagi aku menunggu, kau hadir di dalam mimpi-mimpiku, puasku mengharapkan dirimu, seperti mereka yang punya cinta, diriku tanpa dirimu, kau tempuhi penuh bahagia, diriku mahu kau tahu, pedih ini kau tak terasa, warkahku mengharapkan dirimu, seperti yang aku kenali dulu, setiaku menantikan dirimu, seperti setianya terhadap dirimu, tapi ku melepaskanmu, melangkah namun tak berdaya, terus ku terus menunggu, cinta yang takkan pernah ada…”

Di sinilah aku ketemu dirinya, di sinilah segalanya bermula, di sinilah kisah cinta kita bernada, di sinilah saksi perjalanan kasih-sayang kita, di sini juga tercoret segala kisah indah kita, UiTM Sungai Petani, Kedah.

Permulaan perkenalan kita adalah sesuatu yang tidak disangka dan tidak diduga. Kita tak pernah bersemuka, apatah lagi berminat untuk menghulurkan salam perkenalan untuk menjalinkan persahabatan. Siapa sangka, hanya semata-mata kerana debat bagi subjek MTC 016, kita bertegur sapa. Hakikatnya, bukan awak yang disapa, Bob. Dialah individu yang aku tegur dahuluu semata-mata ingin meminta sokongan untuk mengundi supaya kumpulan aku menang debat tu, tapi entah kenapa, engkau yang member reaksi mesra, mungkinkah sebenarnya engkau sudah lama memendam rasa untuk mendengar aku bersuara?

Bertitik-tolak dari situ, aku dan dia menjadi mesra, dari kisah sebagai kawan, akhirnya bertukar menjadi cinta. Pulang bercuti pertengahan semester membuatkan aku dan dia sedar bahawa apa yang kami rasakan di dalam hati ini bukanlah sekadar perasaan sesama kawan, kerana ada rasa rindu yang sentiasa berlagu memburu waktu untuk kami bertemu. Dan dari situ, maka hubungan kita menaiki satu tangga yang di namakan tanda cinta. Hari-hari yang aku lalui ketika belajar di sana sepanjang setahun sangatlah indah, segalanya penuh dengan rasa bahagia, penuh dengan rasa cinta dan gembira. Dia sentiasa ada di sisi aku, itulah dia, Is.

Kali pertama kami ber-dating, Pantai Feringghi adalah destinasi kami, bergurau senda di pantai dan main baling-baling batu ke laut melihat siapa yang paling jauh. Aku masih ingat betapa dia sangat-sangat menjaga aku dahulu. Dia tidak akan pernah membiarkan walau seorangpun berpeluang memburukkan aku atau berkata sesuatu yang tidak elok tentang aku.

Kami selalu menghabiskan masa keluar ke Penang, bahkan kami juga suka meluangkan masa berjalan-jalan sekitar UiTM pada waktu malam selepas makan malam sambil berbual. Aku masih ingat lagi, ketika ulangtahun kelahiran aku yang ke-22, kebetulan malam itu, kami ada kelas bersama. Dia meminta aku untuk menunggunya di depan cafeteria. Beberapa hari sebelumnya, ramai rakan-rakanku mengatakan aku sungguh bertuah kerana si dia sanggup menempah sesuatu yang aku paling suka semata-mata untuk dijadikan hadiah birthday aku.

Waktunya telah tiba, aku berada di hadapan kolej Mahsuri yang berhampiran dengan cafeteria menanti Is, dari jauh aku melihat dia membawa bungkusan kotak iaiitu hadiah, besar! Aku tertanya-tanya apakah isinya, namun aku sepertid apat menduga apakah isi di dalamnya. Ketika Is hampir sampai kepada aku, ketika dia melintasi depan cafeteria menuju ke arah aku, lagu tema cerita Armageddon berkumandang, itulah lagu pertama yang dia tujukan kepada aku ketika kami berkenalan dulu, seolah-olah itu dirancang, Is kelihatan tersenyum dari kejauhan sambil menghampiri aku, beberapa pelajar perempuan dari dalam kolej Mahsuri kemudian menyanyikan lagu Happy Birthday kepada aku ketika Is memberikan aku hadiah tersebut, pesannya, suapaya aku bukak hadiah tersebut di bilik nanti.

Masuk sahaja ke dalam bilik hostel,a ku dengan penuh rasa excited membuka bungkusan hadiah tersebut, tetapi, aku masih berhati-hati kerana aku mahu menyimpan hatta secebis pun baki bungkusan itu untuk dijadikan kenangan. Pada aku, apa saja yang datangnya dari Is, adalah sesuatu yang bermakna dan amat aku hargai. Is berikan aku patung Sticth sebagai hadiah, ye, memang aku sukakn patung tersebut. Keesokkannya, aku diberitahu oleh rakan aku yang pergi menemani Is untuk membeli patung tersebut di Sungai Petani bahawa sebenarnya, satu-satunya kedai yang menjual patung tersebut sudah kehabisan stok, namun Is telah bersungguh-sungguh meminta agar pekedai itu menempah satu lagi untuk aku dan dia sanggup membayar lebih. Maka, patung yang dihadiahkan kepada aku didatangkan khas dari Penang oleh pekedai.
Memang aku bertuah kerana memiliki cinta Is kerana dia melengkapkan kehidupan aku ketika itu. Pernah satu ketika, dihadapan rakan-rakanku ketika kami berjalan pulang ke kolej selepas habis sesi kuliah petang, dia memanggil aku dan mengatakan “I love you” di hadapan rakanrakan kami sehingga membuatkan rakan-rakanku ketawa. Aku malu, tapi, waktu tu aku merasa sangat bahagia.

Bunga-bunga cinta yang aku dan Is semai tumbuh mekar dan subur disirami baja kasih-sayang. Namun, siapa sangka, diharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, begitu juga hubungan aku dan Is. Selepas setahun membaja cinta penuh bahagia, datanglah jua waktu-waktu sukar dalam perhubungan kami. Ini adalah semester terakhir aku dan dia di sini, dan entah kenapa aku merasakan dia berubah. Dia sudah tidak mahu meluangkan masanya bersama aku. Sedangkan dulu, segegnap waktu aku diisi dengan kehadiran dia. Dia pernah berkata, tanpa aku, dia akan tersungkur, kerana akulah kekuatan dia selepas dia putus cinta dahulu. Katanya, akulah kekuatan dia untuk bangkat kembali meneruskan kehidupan dengan baik.

Is menggunakan alasan bahawa dia sibuk dengan tugasan terakhir kami iaitu kajian. Dia memilih tajuk poligami manakala aku pula memilih tajuk cerai Fasakh. Dia rajin berulang-alik ke Alor Setar, aku tidak tahu kenapa, setiap kali aku bertanya, dia hanya berkata atas urusan kajian sehinggalah suatu hari, aku mendesak dia menjelaskan segala-galanya. Dia mengakui bahawa sebenarnya dia ke Alor Setar bertemu dengan seorang perempuan yang dikatakan sebagai adik angkat dia. Dia menunjukkan aku sebuah telefon bimbit dan kelihatan gambar seorang perempuan di skrin telefon tersebut. Is menjelaskan bahawa telefonnya rosak dan perempuan itu meminjamkan telefonnya kepada dia. 

“Handphone saya rosak, terjatuh, masa tu budak perempuan ni nak ambil, lepas tu terlepas, jatuh atas lantai, berderai. Tak boleh nak on, tu yang dia tukar handphone, dia cakap nak hantar repair handphone saya tu”. Aku diam namun jauh di sudut hati, aku tidak mampu percaya akan kata-katanya. Ini kerana, sedangkan aku sendiri dia sangat culas untuk menyerahkan handphonenya, inikan pula dia boleh bermurah hati dengan perempuan itu yang hanya katanya adik angkat! Argh!!! Itu hanya kata-katanya. Alasan! Maka, bermulah episod gelap dalam perhubungan kami berdua, retak. Entah apa titik tolaknya, kami kian menjauh.
Keadaan yang begitu sukar ini mendesak aku terpaksa meningglkan UiTM sementara waktu. Lalu, aku pergi selama 2 minggu. Malam sebelum aku bertolak, kebetulan pada waktu itu ada sambutan Festival di UiTM di mana setiap pelajar tidak dibenarkan keluar melainkan mendapat kebenaran bertulis dari pihak Hal Ehwal Pelajar, maka Is tidak dapat menghantar aku ke perhentian bas. Dia hanya dapat menghantar aku sehingga ke depan pintu gate UiTM sahaja. Aku menunjukkan susrat kebenaran keluar kepada pengawal keselamatan. Dan kemudian aku menyerahkan sesuatu kepada Is bersama sekeping nota. Aku pesan kepada dia untuk hanya membuka bungkusan tersebut selepas jam 12 tengah malam iaitu waktu aku sudah bertolak pulang ke Shah Alam. Sebenarnya, Is tidak tahu yang aku balik ke Shah Alam kerana aku merahsiakannya. Bahkan aku merahsiakan tentang ke mana hala tuju aku dan tujuan kepergianku. Kecoh juga di UiTM tentang kepergian aku tu. Ada yang mengata aku berhenti belajar, ada yang mengata aku pergi membuat abortion. Abortion?! Argh!! Tidak! Masakan aku mahu membuat abortion sedangkan mengandung pun tidak. Fitnah itu terlalu besar. Buat Is, dia merasakan yang aku sudah mohon berhenti belajar. Ye, kau harus rasakan kepergian aku agar kau tahu siapa yang kau mahu untuk berada di sisimu, Is.

Bersama bungkusan itu, aku sebenarnya menitipkan Is telefon bimbit aku bersama dengan simcard aku juga.
“salam, Is, awak gunalah handphone saya ni kalau benar handphone awak rosak. Saya rasa, tak perlu la awak pinjam handphone perempuan tu. Saya akui, saya berasa cemburu, saya berasa sakit hati melihat awak menggunakan handphone perempuan tu, saya tak tahu apa status hubungan awak dan dia, cuma saya nak awak tahu, sebagai kekasih awak, saya berhak untuk merasa sebegitu rupa. Saya tinggalkan awak handphone dan simcard saya kepada awak, bukti bahawa awak adalah kepentingan saya dan bukan harta ataupun apa saja”. Pesanku ringkas di dalam nota yang aku kepilkan bersama dengan bungkusan tersebut.

Waktu ini, aku sudah berada di dalam perut bas menuju ke Shah Alam. Sepanjang 2 minggu aku di Shah Alam, aku tidak menghubungi Is langsung, aku hanya menghubungi Bob untuk bertanya khabar keadaan Is. Tipulah kalau aku katakana yang aku tidak rindukan dia. “Ya Allah, aku amat rindukan Is….”, hati aku merintih. Kepulangan aku selepas itu ke sana pun tidak aku beritahu kepada Is. Nyata, dia terkejut melihat aku keesokkan paginya di dalam kelas. Tapi aku buat muka tak tahu saja. Dia menghampiri aku dan memulangkan semula telefon bimbit aku, aku diamkan saja, dia meletakkanya di atas meja dan berkata “awak ambillah balik handphone awak ni, saya dah pulangkan handphone budak perempuan tu, awak lagi penting dari handphone.. maafkan saya..jangan buat macam ni lagi lain kali, awak pergi ke mana saya tak tahu malah saya tak dapat nak contact awak langsung, saya tak tahu mana nak cari awak, tak tahu apa keadaan awak, hidup saya jadi serabut selama 2 minggu awak hilang. Tolong jangan buat macam ni lagi, saya sedar, saya tak boleh kehilangan awak..”, jelas Is panjang lebar di sisi aku dalam nada yang aku kira dia sedang menahan sebak. Aku juga mula berasa sebak apabila mendengar kata-katanya. Dia adalah cinta aku, mana mungkin aku sanggup melihat dia berduka dan kecewa. Bukankah kita pernah berjanji dulu, untuk saling membahagiakan?

Entah kenapa, sekalipun, kami cuba berbaik, aku dapat merasakan hubungan kami sudah tidak seindah dahulu, aku sudah tidak mampu merasa hangatnya cinta kami berdua. Pahit, itulah perasaan ketika kami bersama.

Akhirnya, selepas badai yang melanda hubungan kami di sini, hubungan ini kembali terjalin. Namun kami diduga lagi. Kali ini, aku dapat meyambung pengajian di UiTM Shah Alam dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang (Kepujian) manakala dia pula terpaksa bertahan lagi satu semester di sana kerana gagal dalam 2 subjeknya. Julai 2007, aku mendaftarkan diri sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda. Hati aku merasa sedikit gembira dengan permulaan lembaran baru kisah hidup aku, selebihnya, aku merasa sedih. Diri terasa sukarnya berjauhan dengan dia. Setiap hari yang berlalu, setiap saat yang aku tempuh, aku kira. Ye, lagi 13 minggu aku bernafas di tanah Shah Alam ni tanpa dia. Kata hati aku “nanti dia dtg sini, bolehlah aku study sama-sama dengan dia”. Memang payah hubungan jarak jauh ni. Lagi-lagi bila dia lebih banyak berdiam. Mesej aku pun jarang, call jauh sekali. Alasan dia, dia nak jimatkan duit. Jadi aku je la yang selalu contact dia. Itu pun dia layan dingin je. Naluri perempuan aku mula terusik. Mungkinkah dia curang di sana?

 Satu semester ini aku berjaya lalui dengan jayanya. Akhirnya, semester kedua bermula. Inilah detiknya yang aku tunggu. Sebabnya, dia akan belajar bersama-sama di sini, di UiTM Shah Alam, Cuma dia junior aku. Beza 1 semester. Aku harap semester ni ada jugaklah aku teman untuk study dan lunch. Tapi, tak seindah yang aku harapkan. Mula-mula..ok la..tapi lepas 2-3 bulan kemudian, dia mula menampakkan perubahan. Dia mula dingin dengan aku, mula menjauh. Semua yang aku buat jadi salah, dan kami lebih banyak berbalah. Sampai satu tahap, aku pernah dihalau dan dia pernah mensyaratkan aku supaya tidak mendekatinya sewaktu di fakulti. Kenapa? Kenapa? Hati aku tertanya-tanya.

                Akhirnya, pertengahan semester ni aku dapat jawapannya, bukan dari sekadar ucap-ucap atau kata-kata dari rakan-rakan aku yang melihatnya, malah aku sendiri telah melihatnya. Aku lah saksi kejadian itu. Kejadian yang aku kira menyayat hati dan perasaan aku. Ye! Remuk-redam hati aku sebab aku nampak dia sibuk melayan seoerang perempuan. Ye, perempuan yang sama, yang dia selalu berdampingan. Perempuan yang sama yang selalu menjadi punca perbalahan kami berdua. Maka,dari detik itu, hubungan kami menemui titik kecundangnya.

                Aku akui, semester ini berakhir dengan kegagalan. Aku gagal dalam sesetengah subjek aku. Hubungan aku dengan dia? Kejap ok, kejap tak. Entahlah, kali ni aku tahu sudah, jelas di depan mata aku, dia sudah curang dengan aku. Tapi, hati aku sanggup menelan sakitnya perasaan melihat mereka bermesra. Perempuan tu! Perempuan tu tak berasa bersalah ke?? Atau sebenarnya lelaki yang pandai menyusun kata??

                Hubungan on-off ni tak bertahan lama. Bulan ogos 2008, genap 12 hari selepas birthday aku, 20.08.2008, waktu, maghrib, dia hantar satu pesanan ringkas yang sememangnya ringkas “between us, it’s all over”. Hati aku berombak menahan sedih. Aku berhabis duit call dia, tapi mula-mula dia tak mahu angkat, tapi sudahnya dia jawab juga panggilan telefon aku. Aku tanya kenapa dia mahu memutuskan hubungan kami berdua. Jawabnya ringkas “sebab saya dah tak bahagia dengan awak. Sebab awak ni sakit dan menyusahkan saya. Saya rasa susah sebab awak sakit, saya kena jaga hati awak, tak boleh nak buat apa yang saya suka dan keluar dengan siapa yang saya nak sebab nanti orang-orang mengata saya tak jaga awak”.
                Kepergian dia memang menyulam pedih dalam hati aku. Sedar atau tidak, 2 tahun aku sanggup membuang masa menagih kasih dia kembali. Selama 2 tahun, aku memperbodohkan diri aku demi dia. Aku telan setiap apa yang dia kata, asalkan aku masih boleh berjumpa dia. Sampai tahap aku dipergunakan. Bila dia susah, dia akan cari aku untuk membantu dia, bila dia senang, dia lupakan aku, dia sisihkan aku. “agaknya, mungkin dia sudah lupa akan kata-kata dia dahulu bahawa akulah kekuatan dia untuk meneruskan kehidupan dengan baik, mungkinkah aku bukan lagi kekuatan dia?”, hati aku bertanya. Mungkin..mungkin juga perempuan itu sudah menjadi kekuatan dia. Kerana aku telah terlalu banyak kali mendengar cerita tentang mereka berdua bersama-sama ke seluruh pelusuk UiTM dan Shah Alam bahkan Klang. Hingga aku rasa mahu lari, lari jauh-jauh dari semua tempat-tempat yang ada kebarangkalian yang tinggi wujudnya kehadiran mereka berdua. 

                Aku masih ingat lagi, pada suatu hari, dia datang berjumpa aku dan katanya mahu berbaik dengan aku. Aku tertanya-tanya dengan tindakan dia, tapi ini yang aku harapkan juga. Aku terima. Aku syaratkan dia tidak boleh berhubung dengan perempuan itu lagi. Tapi, yang nyata, dia menipu kerana dia kata dia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan perempuan tu bahkan sudah tidak menghubungi perempuan itu lagi, tapi, sebenarnya, dia seringkali berjumpa dan berhubung. Bahkan dia semakin ligat menjalin hubungan dengan perempuan lain. Katanya “itu contact la, client, biasala buat biz”. Aku tak rasa apa yang dia kata itu adalah benar. Kerana lain benar layanan dia.

                Hakikatnya, dah banyak kali dia kantoi dengan aku. Tapi biasa la, banyak juga la alasan yang aku terima. MUAK! Pernah satu ketika, kami berjanji untuk berbuka bersama, aku tunggu dan tunggu, tapi dia tak muncul2. bila aku hubungi, katanya “maaf, saya busy sangat harini, next time ok?”. Tapi last-last dia kantoi jugak. Dia sanggup pergi masuk dalam UiTM menjemput perempuan tu pergi berbuka puasa bersama.
                                Aku ingat lagi, waktu tu hujan renyai-renyai, dia ajak aku berjumpa  di apartment dia. Aku pergi. Tanpa nada tinggi walau sedikit, aku bertanya pada dia “awak ada masuk UiTM tak petang tadi??” dan dia jawab “tak ada”. Aku tanya lagi “cuba awk ingat baik-baik, ada tak??” dan dia jawab “tak ada, kenapa awk ni?”. Akhirnya aku katakan pada dia “ada seorang kawan saya nampak awk masuk dalam UiTM dengan seorang perempuan yang mesra di sisi awak petang tadi menaiki kereta Satria Kuning nombor plat WCA 422, betul ke tak?”. dan kemudia dia melenting. Dia mencampak kunci ke  arah aku dan bertekak. Aku masih mengawal kemarahan dan tidak meninggikan suara aku walau sedikit sebabnya aku tidak mahu mencurah minyak ke api.

                Akhirnya dia tolak aku ke dinding, dan dia mengarahkan penumbuk tepat ke muka aku. “kalau awk nk tumbuk saya, tumbuk la, pandang muka saya ni and tumbuk saya. Kalau awak sanggup tumbuk saya demi semata-mata perempuan yang awk baru kenal tu, then, tumbukla” kataku kepada dia. Akhirnya dia menumbuk dinding di sebelah telinga kiri aku. Tak cukup dengan itu, perbalahan itu berlanjutan hinnga ke dalam lif sewaktu mahu turun ke bawah. Aku diamkan saja, malas melayan kerenah dia yang sanggup memalukan diri di hadapan org lain di dalam lift tu.

                Tak cukup dengan itu, kami bergaduh di dalam sms. Di mana, penghujungnya, aku mula merasa tawar hati dengan dia. Ye, aku akui yang aku ada meng-upload status di facebook aku mengenai apa yang telah dia lakukan kepada aku dan aku masih ingat statusnya yang menjawab status aku itu. Statusnya berbunyi hampir-hampir seperti ini “Betina sial ni muka tak malu, kau dah tak ada pape hubungan dengan aku, buat apa kau sibuk-sibuk pasal aku! Kita sama-sama belajar undang-undang, tak payah la main cakap je”. Ini adalah kali pertama dia menghentam aku secara terbuka (well, ini jugak bukti yang selama ni dia adalah antara stalker facebook aku even dia bukan dalam friend lists aku). Tapi yang aku rasa ialah kesakitan apalagi membayangkan kawan-kawan serta perempuan itu tersenyum or mungkin ketawa apabila mengetahui aku dilayan seburuk itu oleh dia.

Mula dari detik itu, aku menjauhkan diri dari dirinya. Aku mulakan hidup baru. Tanpa dia, aku masih bahagia. Pujuk rayu dia masih berdendang di telinga aku ada ketika dia dalam kesusahan. Biasalah tu…Well, ada waktu aku masih membantu dia juga bila dia memohon bantuan dari aku.

                Lama-lama,aku berjaya mengasingkan dia dari hidup aku. Jauh..jauh..dan jauh…aku rasa sudah malas untuk melihat dirinya lagi. Maka aku menukar nombor telefon bimbit dan aku berhenti mencari dia. Hakikatnya, waktu itu, dia masih menyulam cinta dengan perempuan itu. Makanya, baik aku lepas kan saja dia. Kerana itu jalan yang sudah dia pilih. Kenapa aku harus terhegeh-hegeh mencintai seseorang yang GAGAL untuk mencintai aku?

Hakikatnya, selepas melepasi 3 tahun lamanya kami menyulam cinta, akhirnya hubungan ini kecundang juga, tidak sampai ke puncak bahagia untuk kami hidup bersama. Namun, aku harus akui bahawa, selepas dia memutuskan hubungan dengan aku, aku masih membazirkan 2 tahun waktu aku untuk memburu cintanya. Aku membazirkan waktu sebanyak itu semata-mata cuba untuk memenangi hatinya kembali. Setiap tindakan dan kata-katanya aku telan walaupun pahit. Bayangkan, melihat dia bermesra dengan seorang perempuan yang dikatakan adalah pengganti aku di hadapan mata aku sendiri selama 1 semester memang menyeksakan. Namun aku telan dan bersabar, dengan harapan Is akan membuka mata tentang cinta aku kepadanya.
Sehinggakan aku pernah dihalau seperti anjing oleh Is pun, aku masih mencari dia. Aku masih ingat, waktu itu, aku jatuh sakit, dan aku pergi berjumpa dengan dia, namun, lain reaksi yang aku dapat. “dah tahu sakit, kenapa datang sini? Pergilah balik! Nanti menjangkit pulak!”, bentak Is. Kata-katanya benar-benar mengguris perasaan aku.

Kebodohan aku itu menyebabkan Ann, rakan karib aku pernah berkata kepada aku, “aku tak tahulah kau ni bodoh ke atau terlampau baik, Is tu dah maki hamun kau pun kau still nak kejar-kejar dia, wake up la babe, tengok and ingat balik layanan dia pada kau. Memang la dia pernah jaga dan sayang kau dulu. Tapi itu semua dulu la, sekarang dia dah ada Hani tu, kau ni dah tak ada nilai pada hati dia. Tengoklah, dia layan kau macam barang. Bila Hani balik cuti sem ke  apa, dia cari kau, bila dia susah, dia cari kau. Tapi, bila dia senang bagai, mana dia? Dia lupakan kau kan? Kau cari dia pun dia taknak layankan?”, Ann bertubi-tubi menasihati aku. Memang aku akui segala yang Ann ucapkan itu adalah benar dan tiada yang tidak benar. “Aku sebenarnya bukan terlampau baik, tapi terlampau bodoh”, kataku perlahan kepada Ann sebelum aku meninggalkan meja cafeteria. Langkah longlai menuju ke kereta. Hati aku sayu, bukan kerana kata-kata Ann itu tetapi mengenangkan setiap apa yang aku usahakan dan setiap apa yang Is balas kepada aku.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk melepaskan Is pergi dari hidup aku. Selepas 2 tahun aku membazirkan waktu cuba memperbaiki hubungan kami berdua. Selepas 2 tahun aku menjadi penagih cinta, akhirnya aku mengundur diri. Walaupun, jauh di sudust hati, aku berharap kembali mengotakan setiap janjinya. Kerana aku tahu, adanya di sisi aku hanya satu sandiwara, maka aku berharap agar dia juga tidak akan pernah menyebut namaku lagi. Aku menghantar satu email kepada Is.

“….jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit, jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti, jangan khuatir tentang diriku, kujanji takkan merinduimu, puas sudah ku berikan kau segalanya, jalan cerita pun dah tak akan berubah…..”

Namun, pengunduran aku tidak disambut baik oleh Is. Walaupun aku sudah tidak mencari dia, namun, dia pula “datang” ke dalam hidup aku menganggu. Semenjak dari insiden di apartment dia dulu, sudah hampir 6 bulan rasanya aku tidak pernah walau sekali berjumpa atau mencari dia. Alhamdulillah, aku berjaya menyingkirkan dia, tipulah kalau aku tidak pernah teringatkan dia, namun, aku sentiasa menguatkan semangat dan membiasakan diri untuk tidak mencarinya lagi.

Tetapi, dia pula yang datang mencari aku. Tidak semena-mena dia muncul di hadapan rumah aku. Hendak atau tidak, aku harus menemuinya dan bersemuka dengannya. Bukankah memuliakan tetamu itu dituntut di dalam Islam. Namun, aku hanya mengajak Is untuk berbual di dalam kereta dia. Aku malas nak biar sesiapa pun di dalam rumah mendengar perbualan kami.

“Kenapa awak dah lama tak hubungi saya? Saya try call nombor awak tapi tak dapat pun, awak dah tukar nombor ke?”, tanya Is tentang sikap aku yang mendiamkan diri selama ini.

“tak ada apa-apa. Ye , memang saya dah tukar nombor”, jawabku ringkas.

“oh, dah tukar nombor, tak bagitahu. Meh la sini nombor baru awak, senang nanti saya nak contact”, Is mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Tak perlulah Is, lagipun, selama ni, macam la awak pernah atau selalu contact saya kan? Selama ni pun saya yang terhegeh-hegeh cari awak, tapi awak tak layan saya pun kalau awak tak ada kepentingan dekat saya. So, saya rasa, cukuplah, tak pentingpun awak nak simpan nombor saya. Buat sempit memory handphone awak je”, kataku dengan nada mendatar, melambangkan kekecewaan aku terhadap dia dan betapa aku sudah tawar hati terhadap dia.

Is pelik melihat reaksi aku yang sudah tidak beriya-iya terhadap dia lagi. “Awak ni kenapa? Lain sangat.”
“Tak ada apa-apalah. Kalau awak tak ada hal penting, lebih baik awak balik, saya nak keluar kejap lagi. Saya ada hal, saya tak mahu lambat”, kataku memberi alasan untuk mengelak dari terus bercakap dengan dia lagi.

“Saya datang sini just nak minta tolong awak”, kata Is. “ha! Aku dah agak dah, kau datang sini memnag mesti ada agenda”, hatiku berkata-kata.

“Saya nak minta tolong awak jadi teman saya untuk ke Penang hujung minggu ni. Semua saya tanggung, awak just teman saya so that if saya penat nak drive nanti, awak boleh tolong drive. Lagipun, ingat tak dulu kita pernah dating selalu kat Penang? Saya ingat, saya nak kita balik sana balik and imbau balik kenangan kita bersama dulu, mungkin kita boleh perbaiki hubungan ni”, jelas Is sambil mengharapkan aku berkata ya.
Hati tawar aku “mendiam”. Kenapa baru sekarang dia nak ambil inisiatif untuk perbaiki hubungan ini? Kenapa bukan dulu. “Maaflah Is, saya tak nak. Awak bawa je Hani. Apapun alasan awak, saya dah tak ada hati nak perbaiki hubungan ni, saya minta maaf, saya tak boleh nak cakap lama-lama dengan awak, bye”, kataku sambil membuka pintu kereta untuk beredar.

Is menarik tangan aku, menahan aku dari keluar dan meminta aku menutup pintu kereta. Aku berdiam diri. “Saya nak tahu, kenapa awak dah tak cari saya lagi. Kenapa awak berdiam diri? Awak dah benci saya?”, tanya Is.

Aku menarik pintu kereta dan menutupnya kembali, tanpa memandang Is, aku menjelaskannya. “Saya tak benci awak, cuma saya rasa cukuplah setakat tu je pengorbanan saya untuk memperbaiki hubungan ni. Rasanya cukuplah 2 tahun saya mencuba, kalau memang awak dah tak pernah buka mata walau sedikitpun untuk mencintai saya kembali dan hargai saya dalam tempoh 2 tahun ni, rasanya, tak perlu saya membuang waktu saya lagi. Lagipun, seperti awak pernah kata pada saya dulu bila awak dah kenal Hani, bila semua orang kecoh awak bercinta dengan dia. Bila saya minta awak lupakan dia, awak cakap pada saya yang awak tak pernah ada niat untuk berkahwin dengan saya, awak tak pernah ada niat nak jadikan saya isteri awak. Rasanya cukup setakat ni, Is. Kita bukan tak boleh jadi kawan tapi saya dah taknak berkawan dengan awak. Kita tak perlu jadi kawan mahupun bermusuh, Assalamualaikum”, ucapku lalu membuka pintu kereta dan berlalu tanpa menoleh ke belakang pun, hati aku lega kerana telah mengucapkan apa yang selama ini aku pendam kerana aku tidak punya kekuatan untuk meluahkannya.

Alhamdulillah. Berbulan lamanya, Is sudah hilang dari hidup aku. Rasanya, dia sudah menemui kehidupannya yang lebih baik tanpa aku. Bukankah aku hanya parasit yang menyusahkan dan merimaskan hidup dia selama ini? Aku bersyukur, Allah telah memberikan kekuatan kepada aku untuk menyisihkan Is dari hidup aku. Zikir dan solat sunat di tengah malam serta memperbanyakkan membaca Al-Quran adalah ubat paling mujarab untuk hati aku yang ada waktunya terasa seperti dihiris-hiris apabila teringatkan Is. Bukannya aku membenci, cuma terasa perit terpaksa menerima hakikat dia bukan Adam untukku.

Sekalipun, sekali-sekala dia ada menghantar private message ke dalam inbox Facebook aku, namun aku hanya memberi reaksi ala kadar ataupun hanya mendiamkan diri. Aku perlu kuat semangat. Mungkin dia sudah terasa bosan apabila tiada orang yang terhegeh-hegeh mencari dia sehingga dia boleh membuat aku malu di hadapan Hani dan rakan-rakannya kerana seperti orang bodoh yang terkejar-kejar teman lelaki orang lain.

Pada aku, cara layanan Is tak ubah seperti lagu Kosong nyanyian Najwa Latiff. Apabila aku mendengar dan menghayati tiap bait-bait lirik tersebut, hati aku terkesan, namun ia tidak walau sekali membuatkan aku lemah.

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Oo Oo
Kosong kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong
Oo Ooo


0 comments: