BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 18 June 2012

Bulat

Salam semua..
kali ni entri  pasal Bulat..
sp Bulat???
Ha..jgn derhaka sama ini blog ha...
xkn korang xkenal Bulat...

Ye la..
mana nk kenal..Bulat bkn artis pn...
kn..
*ececeh..tacing plak aku ni..hahahh ;p

ok2..meh kita skodeng sp Bulat...
Motip entri ni?? opcoz tribute tuk kes dia hilang dr umah selama 3 ari gara2 terjatuh dr umah ku yg bertingkat tu..ingat dh ada org rembat..rupanyer...
rupenyer..

nk tau rupenyer ape??
sila baca sampai abis..heheh ;p

*saje je nk wat suspen..
suspen ke? hihihihi ;p

inilah dia Bulat
Ini dia Bulat..aku kenal dia..aku lihat dia waktu tu dia masih kecil lg...baru lahir, masih menyusu..masa tu ramai betul adik-beradik dia..masa kali pertama aku tgk Bulat, waktu tu aku dtg ke rumah Nizam untuk menjemput ke majlis pernikahan aku pada 13hb October 2011, masa tu aku siap booking nk kn adik-beradik Bulat yg kaler putih. Tapi, bkn rezeki aku, bila diorg dh putus susu, entah macam mana, ank2 kucing tu hilang sekor demi sekor menurut makcik yg bela mereka, sampai la akhirnya emak si Bulat ni pn hilang dan tak balik ke rumah berhari2 lamanya. Selepas aku menjadi isteri dan berpindah ke kediaman kami sendiri, aku mendapat panggilan telefon dari Nizam, dia bertanya samada aku mahu mengambil Bulat dan adiknya atau tidak. Menurut Nizam, Bulat dan adiknya tidak boleh dipisahkan kerana adiknya suke menghisap telinga Bulat sebelum tidur.

Jadi, malam berikutnya, aku pergi ke Rumah Nizam utk mengambil mereka. Ini krn, kata Nizam, kalau aku xamik, dia terpaksa lepaskan ke pasar sbb dia dh xmahu membela kucing. Masa aku mabil Bulat dan adiknya, mereka kecik je lagi. Ye, mmg adiknya kerap menghisap telinga Bulat dan Bulat seperti abg yg sgt bertanggungjawab, dia xpernah mrh adik dia pn bahkan dia akan duduk diam je apabila adiknya menghisap telinga dia.

Mula2, aku namakan nama mereka sempena nama kartun iaitu, Alpha dan Momo. tapi, byk kali aku panggil, diorg tu cam susah je nk bg feedback. Sdhnya aku tukar nama mereka jd Bulat n kecik.Dari mana aku dpt ilham? aku pn xtau. tp, since tukar nama tu, diaorg terus je mahu memberi feedback bila dipanggil. ok la tu..

Rasanya  dh 6 bulan Bulat dan Kecik bersama kami.
dari 4 ekor, bertambah2 hingga menjadi 10 ekor. Bulat ialah abg kawasan umah aku selepas kehilangan Bee. Bulat, dia ni mmg gemok. 

Memandangkan aku hanya mampu sewa umah flat je, jadi kucing2 aku paling suke memanjat duduk kt tepi tingkap. biasalah, aku ni pn bkn org sng, tgh kumpul2 budget nk buat para supaya senang diorg nk bertenggek.

Tapi, lom sempat aku wat camtu, aku telah dikejutkan dgn keadaan yg aku mmg dh agak akan terjadi..
Suatu pagi, sekitar jam 5.15pg hari Rabu bersamaan 6hb June 2012, tiba2 pintu bilik aku diketuk dgn kuat dan kedengaran suara adik aku memanggil dan menyebut2 nama Bulat, aku terus bangun, risau menusuk hati, takut terjadi apa2 pada Bulat. "Kakak, bulat jatuh kt bawah, aku xsempat nak capai dia tadi, tetibe je dia jatuh, aku tgk dia td ada, tu dh xde". kata adik aku. Aku yg terkejut terus je menuju ke tingkap dan menjenguk, aku memanggil nama Bulat, kedengaran sayup2 suara bulat, aku risau. risau kalau2 terjadi pape pada bulat. Aku meminta hubby aku turun ke bawah mencari bulat.

Keadaan sgt kelam kabut waktu tu aku rasakan. tak sampai beberapa minit kemudian, hubby aku masuk ke rumah tanpa bulat. aku risau, pelik. mana bulat? hubby aku xdpt mengesan mana bulat.

3 hari aku mencari bulat, tiapkali aku panggil nama dia, aku xdgr apa2 suara pn yg menyahut. hati aku luluh. aku rindukan bulat..tapi, aku tak pernah putus asa, aku tetap terus mencari bulat. walaupun adika ku mengatakan ada kemungkinan org dh ambil dia.

Sehinggalah pada suatu malam, sewaktu aku, hubby dan adik aku berjalan pulang dari kereta selepas membawa Cik teh, Simba dan kiki mendapatkan rawatan kerana tidak sihat, tetibe aku "disapa" oleh kucing jalanan yg aku panggil abang. Abang ni aku selalu bg mkn tiapkali dia sapa aku, tp mlm tu, aku nampak abg cuma mengejar aku sekerat jln. jadi aku pn pergi menuju ke arah abang.

Sekali aku ternampak tubuh seekor kucing di atas bumbung rumah tingkat satu, bergerak2. lampu yg terang tu menyilaukan pandangan aku. aku xdpt melihat figura kucing itu dgn jelas. tapi, naluri keibuan aku membuatkana ku terus memanggil2 nama Bulat. dan aku lihat kucing tu makin mendekat seolah2 cuba terjun ke arah aku namun takut2. Aku lihat adik dan hubby aku pula memandang dari jauh gelagat aku. walaupun aku tidak dpt melihat jelas figura kucing tu, aku terus memanggil hubby dan mengatakan itu bulat, aku mmg konfiden je time tu. hehehh ;p

Sekali, aku pusing2 dpn umah orang tu, aku tgk kucing tu pn ikut arah aku jg..aku amati betul2.."ye! dialah bulat aku!!!" masa tu aku gembira betul. Alhamdulillah, aku jumpa bulat balik.

Aku meminta pertolongan suami utk menggapai bulat membawanya turun dari bumbung rumah org tu. jiran atas rumah tu juga turut membantu dgn memanggil bulat supaya melompat masuk ke rumah dia jdi kami hanya perlu ke rumah dia utk mengambil bulat..tp ternyata bulat hanya tertumpu pada aku. ini kerana, xkira siapapun yg memanggil dia pada ketika itu, matanya hanya memandang aku dan geraknya hanya ingin menuju kepada aku. 

Aku lihat bulat terkial2 mahu terjun ke atas bumbung kereta, barangkali dia fobia kerana terjatuh tempoh hari. aku kemudian berkata "bulat syg, g kt ayah g...ayh amik bulat tu...", aku mengarahkan bulat pergi kpd hubby yg menunggu di hujung bumbung utk mencapai bulat. Bulat seakan2 fhm, dia pergi kpd hubby aku n segera dic apai oleh hubby aku.

Dia xmeronta pun sebaliknya tenang sahaja. mungkin dia juga lega krn aku telah ke temu dirinya.

Apa yg membuatkan aku tersentuh ialah....
sewaktu kami sdgn cuba mengambil bulat, ada seorang lelaki yg jg menghuni rumah tingkat 2 menegur kami.. "abg, tu kucing abg ke?" tanya dia kpd hubby aku. hubby aku mengangguk sambil membalas "dia terjatuh aritu, ingat hilang dh....".

Lelaki itu terus membalas, "xde la, sejak dia jatuh aritu, dia xpergi mana2 pn, dia duduk kt situ je, kitaorg panggil dia masuk pun dia xmo. ye la, sian kena hujan or panas kt luar tu, tapi dia xnk pn, so kami bg mkn ikut tingkap je, dia setia tunggu kt atas bumbung tu siang malam"..

Aku terkedu bila mendengar penjelasan tu, lagi buat aku rasa nk menangis bila aku dgr kata2 akhir tu..
"....dia setia tunggu kt atas bumbung tu siang malam..."
Ye, dia anak aku, walaupun dia kucing, aku anggap dia anak aku, kami anggap dia anak kami..kami lyn dia mcm anak, kami bawa dia pergi vet, kami bawa dia balik kg every month...bila dia hilang, aku rasa cam aku pn hilang smgt gak..aku tau yg bulat pn tau bahawa kasih syg aku dlm utk dia..sbb tu xkira apa keadaan pn, dia setia tunggu aku jemput dia even hujan or panas or berembun, dia sanggup tunggu 3 ari kt atas bumbung tu..bayangkan if aku xperasan dia kt atas bumbung tu....konpem dia tunggu aku, konpem dia pandang aku dr atas tu tgk aku pergi n balik kerja...
P/S: apa yg kami belajar dr kisah bulat, sedangkan kucing reti setia, sanggup berembun, berpanas, berhujan duduk ats bumbung umah org tanpa tmpt berteduh walaupn hakikatnya dia leh melompat je masuk dlm umah jiran tingkat 2 tu.. jadi, haruslah kami suami isteri jg sanggup setia utk antara satu sama lain xkira panas, hujan atau berembun...
Jum kita layan pix lates Bulat yg diambil last month waktu di kg n di rumah kami :))

Ni bulat tgh skodeng ayam....kucing bdr, xpernah nampak ayam...cenggitu la..budget leh wat lauk la tu...

Bulat sdg memmerhati kambing seksi membuat lintasan perarakan...hhahh ;p mesti dia ckp "bsr betul telur kambing tu, kalah aku..."

senyuman bulat menghidu bau kibbles BW ~bulat, kamu ingt ni citer 3 abdul ke? hidu leh kenyang?

macam tgh sengih bunyi heh..he..he...

Gigit menggigit

kerap-kerup..

Suke tgk bulat mkn.. :))



0 comments: