BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ministry of Recipes

Hye!!

1st of all Alyssa nk korg tau yg Alyssa ni bukanlah tukang masak. Dulu masa tyme2 xkahwin lagi....tyme anak dara....mmg jarang turun dapor..kojenye asyik g makan fast food je la..KFC,MCD, Pizza Hut or maybe leak kat Bintang Side Walk Cafe, S.7 tu....

Tapi kn korang, bila dah nikah ni, dah naik title jadi PUAN....dapur ni dh jadi NEW BFF la pulak....hehehehe ;p Kadang-kadang bila teringin nak masak sumthing tu tapi xtahu masak. pe lg, g google cari resepi masakan la..then pilih yg bahannya paling senang nk cari n cara2nya paling senang nk ikut....nk keja senang je kn....? hehhhe ;p mujur dapat hubby yg very understanding.

So, conclusionnya, resepi kt sini sume bukanlah resepi expert, ia hanya resepi mudah yg Alyssa ada amik dr internet, diolah ikut anak tekak suami...yg penting pada Alyssa, ia mudah disediakan...(cari yg mudah2 supaya tak rasa SUSAHNYA KEJA DAPUR NI!!!...camtu la cara nk mencambahkan benih kecintaan terhadap dapur...)

Kena belajar masak ok..coz itulah cara paling asas nk tambat hati suami....lg2 pas dh baca pasal article bahaya makanan dimasak oleh org yg tak solat....bukan bahaya menyebabkan kematian, tapi menyebabkan hati jadi "keras", sukar nk menerima kebaikan dan membuat kebaikan...

So, berikut adalah resepi-resepi Alyssa yg Alyssa dah masak sejak menceburi bidang F&B di rumah..hahahah ;p nama nk glamour je..

SUP FISHBALL

Hari tu hubby call then cakap "syg, tekak b sakit lagi la..."

Hati mula terdetik "sian b..dah berapa hari makan xbanyak pn...". so, apelagi, pas je abis kelas, terus jam 4pm,terus je Alyssa singgah di Giant S.7 Shah Alam untuk membeli beberapa bahan nak buat sup fishball. So, menu yg Alyssa nk kongsi ialah berkenaan dengan sup...

Bahan-bahan:
1) Fishball
2) Fishcake
3) Daun sup
4) Lobak merah
5) Bawang Merah
6) Bawang putih
7) Cili padi
8) Sup bunjut
9) Garam secukup rasa
10) Air

*Sume ingredient di atas adalah mengikut anak tekak korang or citarasa korang or insan tersayang. ikut suke, kalau nk letak daging ayam ke daging lembu or even daging ARNAB pn blh...heheheh ;p

Cara membuatnya:
1) Potong or hiris sume bahan di atas except sup bunjut and garam tu la...korang potong ikut suke korang...

2)Bawang meran, bawang putih dan cili padi (sukatannya ikut korang la..agak2 je..jgn melampau banyak..just nk wat tumis je)..mula2 korang tumbuk bahan2 tu..half lumat pun xpe..

3) At the same time korang rendamkan la sup bunjut tu dalam air, bukan apa, nak bagi kuar habuk2nya.. ~p/s: tu pesan mak mertua Alyssa.

4) Pastu korang panaskan la periuk...korang masukkan sedikit minyak masak...(jgn byk2..amalkan masakan yg sihat ye..t byk lak kolestrol..kalau letak byk2 kang korang leh la tgk bahan2 korg tu berenang2 dlm minyak lak... ;p )

5) Then, bila minyak dah panas, korang masukkan bawang merah, bawang putih n cili yang korang dh tumbuk td. goreng le kejap sampai naik bau..baunya sedap je...

6) Pastu korang leh la masukkan air...Air biasa tu je...pastu korang masukkan bahan2 td yg jorang dh hiris2 n poting2 tu...masukkan je. Sekalugus masukkan juga sup bunjut td..tapi yg air rendaman sup bunjut tu buang la...jgn dituang dlm periuk pulak ye...

7) Then, biarkan sekejap hingga mendidih..agak2 bila dah nak masak, korang letakkan la daun sup tu bagi naik bau supnya lagi..

8) Biarkan beberapa minit then siap sudah sup fishball..Ready tuk dihidang bersama nasi putih or mkn camtu je...


BEE HON GORENG BERSOTONG

Ok la...memandangkan ptg ni iaitu ari Sabtu, tak tahu nak buat apa, suami lak kelihatan tidur dengan nyenyak je...sebab penat bekerja.ye la, hari Sabtu kan kerja setengah hari..so, Alyssa pun pergilah dapur..korek-korek kat dalam petis ejuk tu and terjumpa la sotong yang Alyssa beli beberapa hari yang lepas. So, tengok kir kanan, erh! terjumpa lak behoon. So, apa lagi..capai je beehon tu and meh kita masak!!!

Bahan-bahan:
1)Bee hon (korg rendam dlm air panas untuk melembutkannya yer)
2) sotong (ikut korang la nak berapa ekor pun, potong la kecik-kecik)
3) Bawang putih seulas n bawang merah seulas gak (korang potong bawang-bawang ni and masukkan dalam blender)
4) Cili padi (ni korang masukkan dalam blender bersama dengan bawang-bawang tadi, pastu korang kisar la sampai lumat)
5) Minyak masak cikit le tuk menumis.

Cara-caranya:
1) korang panaskan kuali, letak minya masak.
2) Then tumiskan cili tadi tu sampai naik bau.
3) Pastu masukkan garam & ajinamoto ckit..jangan banyak-banyak. (kalau korg tak expert memasak. sama cam Alyssa gak, so rasa je la masakan tu....)
4) Pastu korang masukkan sotong. kacau sampai sotong tu masak.
5) pastu baru la korang leh masukkan bee hon. tapi before masukkan beehon, korang kena la toskan dulu bee hon tu, jangan main tuang je dengan air rendam beehon tu, kang jadi berkuah plak... ;p
6) Akhir sekali, gaul...gaul..gaul..n siap dihidang..leh senduk kat dalam piring and hidangkan kat suami!!! ;p

KUIH KOCI LABU

Ni ialah fav Alyssa..tapi ibu jarang buat kuih koci ni..katanya payah le..leceh..ngeee ;p tapi yg leceh ni jugak la yg sedap....hehehehehe ;p so, jum kita skod resepi yg Alyssa sudah "curi" dr laman web...balik t mo cube pulak :p

Kuih koci yg sedap...nyummy!!!! ;p
Bahan-bahannya:
Untuk inti:
1) 1 biji kelapa parut
2) ½ cawan gula kabung
3) 1 cawan gula pasir
4) 2 helai daun pandan
5) ½ cawan air

Untuk kuih :

1) 1 biji labu (rebus dan lecek)
2) ½ sudu teh garam
3) Tepung pulut secukupnya
4) Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
5) 1 cawan minyak masak


Cara-caranya:
Untuk inti:

1) Gaulkan semua bahanbahan
inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih :

1) Masukkan labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk. Masukkan tepung pulut sedikit
demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan
adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulatbulatkan dan celup ke dalam minyak.
3) Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
4) Panaskan kukusan. Masukkan bungkusanbungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus
[b][i]
selama 2030minit (sehingga masak).
Sedia untuk dihidangkan.


BUBUR PULUT HITAM


Bubur pulut hitam...
Bahan-bahannya:
500gm pulut hitam
200gm gula pasir
350ml santan
2 helai daun pandan | dikoyak dan disimpul
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-caranya:
1. Satukan pulut hitam yang telah direbus di dalam periuk bersama gula pasir, santan, air secukupnya dan daun pandan.
2. Kacau sebati dan pastikan api kecil untuk mengelakkan santan pecah.
3. Seterusnya perasakan.
4. Akhir sekali, tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.


UNTUK RUJUKKAN: http://www.rasa.com.my/resipi/manisan/default.asp?ID=232


PIZZA

Sedapnya pizza!!!!
Bahan-bahannya:
doh
1 peket yis (dibancuh dengan air suam 1/2 cawan) pastikan bukan air panas.. tak kembang yis tu..

1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/2 cawan minyak
2 sudu besar butter
500 gram tepung (diayak 2 kali sekurang2nya...)

inti
1/2 tin tomato puree atau spegeti mix kimball atau prego 
1 lada benggala (dipotong dadu atau panjang)
2 biji tomato (didadukan atau di hiris)
1 biji bawang besar (didadukan atau di hiris)
1 preket sosej ayam atau daging (dihiris panjang)
1 tin cendawan butang (dihiris tebal)
1 peket cis mozzarella (yang dah di parut)
Cara-caranya:
  1. yis yang telah di bancuh dengan air dimasukkan gula dan garam.. kacau sehingga sebati... yis akan naik bau dan berbuih2...masukkan tepung ke dalam mixing bowl dan tuangkan yis tadi.
  2. tambahkan lagi 1/2 cawan air lagi...  dan 1 cawan minyak...uli menggunakan mixer... lepas tu masukkan 2 sudu besar butter...tambahkan lagi 1/2 cawan air lagi...  dan 1 cawan minyak...uli menggunakan mixer... lepas tu masukkan 2 sudu besar butter..
  3. biarkan doh di kacau di dalam mixing bowl.. dari ketulan2 kecil nanti die akan menjadi ketulan besar.. masa diambil lebih kurang 1/2 jam...
  4. sementara tu dah bole start siapkan inti nyer..hiris atau dadukan bahan-bahan inti tu...
  5. berbalik pada doh pizza tu.. bile dah bergumpal camtuh.. amik kain dan basahkan. tekup bowl tu..sebelum tekup tu renjis dengan minyak yea (tip dari mama saya, sebab katanya tindakbalas minyak dan doh akan mempercepatkan proses doh mengembang).
  6. Dalam 20 minit check doh samada dah mengembang.. selalunya dah jadi sekali ganda besarnya.. time nie tumbuk doh tu untuk kuarkan angin dan biarkan semula selama 1/2 jam.. dan ulang proses yang sama.. (kata mama supaya doh menjadi lembut dan gebu).
  7. bile dah bebetul kembang.. kuarkan dan 'tuck-in' kan doh tu.. kirenyer tekan dengan ibu jari ke dalam supaya die jadi padat..lepas tu boleh pecahkan kepada dua atau empat (ikut saiz tray anda) dan ratakan..
  8. tuangkan sos keatas doh dan ratakan.. bakar pada suhu 230'c lebih kurang 10 minit.. ini bukan ape nak cepatkan proses doh tu di masak.. kire 1/2 cook la lagu nie.. sebab nnti intinyer mmg cepat masak..
  9. renjis olive oil atas sos tadi tu.. dan skang dah bole mula menyusun intinyer.. letak la camner pun.. ade corak ke takde ke.. yang penting sarat dengan inti.. (biasalah home-made kene kaw2 letak inti tu).. dan last sekali taburkan mozzarela...
  10. masukkan semula dalam oven pada suhu 230'c atau max.. selama 10 minit.. atau sehingga cheese dan nampak masak.. (kale keemasan)
UNTUK RUJUKKAN: http://totcupcakes.blogspot.com/search/label/tutorial

betapa sedapnya nengok kuih lopes ni.....terkeliur nyer!!!!
Bahan2 nya:
1) Beras pulut (ikut sukati korg nk brp byk...)
2) Daun pandan (dlm 3-4 helai cenggitu....lg byk beras pulut, lg bykla korg perlukan daun pandan tu)
3) kelapa parut (amik yg putihje yer..)

Bahan2 nkw at air gula melaka lak: (korang masukkans ume bahanni, masak hingga mendidih, sejukan then tapis la..)
1) 1 buku buah gula melaka
2) Secawan air gula (agak2 korang je la..ikut citarasa amsing2.nkmanis camne....)
3) 2 cawan air.
4) Daun pandan

Cara2 nya: (tuk wt kuih lopes tu)
1) Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak (30 minit)
2) Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg tlg dialaskan dgn plastik. (ni tuk dpt bentuknya yg bulat tu..)
3) Tekankan (kuar ckit) supaya pulut tu mampat dan kemas.
4) Keluarkan pulut tu dgn cara tarik le alas plastik tu dan gaulkan dgn kelapa parut td..
5) Hidangkan la dgn air gula melaka tu :)