BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 15 June 2012

Antara aku dan ungkapan maaf

            Saya memohon maaf kerana mengutuskan surat ini dan bukannya dgn berjumpa atau bersemuka sendiri. Hakikatnya saya malu. Malu dgn ramai org termasuk dgn diri saya sendiri. Saya malu pada lecturer saya sbb saya gagal memenuhkan kehadiran saya bahkan saya gagal dtg ke sesetengah kelas. Saya malu dgn rakan2 saya krn mereka dpt belajar dgn elok dan berjaya menamatkan pengajian mereka dgn jayanya. Mereka jg sudah 2 kali konvo, manakala saya tidak pernah walau sekali. Dl saya selalu berkata “better late than never”, tp hakikatnya itu hanya kata2 penyedap rasa hati sy shj. Skrg, sy dh mula merasakan yg saya tidak akn berpeluang merasa konvo. Saya malu dgn diri sy sendiri krn xpernah berjaya walau sekali.

            Saya malu dgn pensyarah sbb kerap memberi alasan kerana gagal menghadirkan diri ke kelas.ye, mmg pensyarah fhm, dan mereka selalu berkata “awk kena atasinya”. Dan sy tidak pernah berhenti utk mengatasi masalah sy, tp setiap kali itulah sy semakin dihimpit dgn dugaan, kegagalan dan segala kesusahan yang membatasi keupayaan saya. Sudahnya, pensyarah seakan sudah “muak” utk memahami masalah sy kerana dianggap “gagal mengatasi mslh sendiri” walhal mereka tidak nampak usaha sy utk mengatasinya. Sehingga saya merasakan, “kalaulah setiapkali saya berusaha utk mengatasi mslh yg sy hadapi, semuanya dipermudahkan,semuanya menjadi lbh baik, semuanya berjalan lancar spt yg diharap dan dirancangkn, tiada lg mslh yg timbul, so sure sy xkn bercakap lg ttg mslh sy”. Kalau org luar “penat” dan muak mendengar mslh sy, bayangkan perasaan sy yg melaluinya bertahun-tahun! Ia membuatkan sy lemas!

            Saya malu dgn org disekeliling sy, sy bkn sj dilihat sebagai si pelik kerana kening yg dilukis, sy jg dilihat sbg si gagal kerana tak sudah2 menamatkan pengajian walhal yg lain sdh selamat.

            Saya malu dgn org lain kerana tlh banyak menagih bantuan dan merayu itu dan ini agar kepayahan yg saya lalui dpt terasa sedikit ringan. (walaupun hakikatnya tidak buat sy, sy terasa sentiasa sempit utk menarik nafas lega dan berasa sng hati). Sy sdh mula merasakan diri spt pengemis. Mengemis bantuan zakat, mengemis pemahaman pensyarah terhadap mslh sy, mengemis simpati pensyarah utk membantu sy, mengemis sokongan kaunselor utk menyokong sy.

Saya sedar, sy bkn setakat menyusahkan pensyarah, malah kaunselor, individu disekeliling saya, adik saya, suami saya termasuklah sesiapa sahaja yg mendampingi saya.
            Saya akui, bkn sahaja tlh membuat pensyarah2 kecewa dgn saya, bahkan saya jg kecewa dgn diri sendiri (teramat kecewa) krn sy tidak pernah berjaya mengatasi mslh sy.. ye, saya tidak bernasib baik seperti yg lain. Jln mereka mudah utk dilalui. Tidak seperti saya. Setiap apa yg saya lakukan, setiap usaha sy, penghujungnya ialah kegagalan. Menyebabkan sy merasa mati di penghujung akal.

Saya nk memohon maaf kpd pensyarah2 sy sbb sy telah menyusahkn mereka, maaf kpd kaunselor sy krn tidak pernah mampu menyelesaikan mslh sy dan seringkali menyumbatkan pendengaran Puan dgn masalah2 saya, maaf kpd pusat zakat krn menyusahkan mereka dgn memohon bantuan zkt berpanjangan, maaf kpd adik sy, maaf kpd suami sy sbb dh banyak menyusahkan dia.

            Semester ini adalah peluang terakhir saya utk menamatkan pengajian saya. Kalau sy xsudahkan pengajian saya pada semester ini, saya menanggung kos pengajian yg tinggi pada sem hadapan. Maka sy berpulun mengambil 8 subjek pada semester ini dgn hrpn utk menyudahkn kesemuanya. Namun, lihatlah, sekalipun sy berusaha, ia tidak pernah menyebelahi saya. Sy gagal memenuhkan kehadiran sy ke kuliah &  terlepas test. Bahkan nota saya bg semua subjek hilang! Sy terpaksa menempuh jarak perjalanan yg jauh utk ke uitm, mengambil masa yg lama sehingga menyebabkan sy gagal sampai tepat pada waktunya apatah kelas pg, itu tidak masuk tidak mampu menampung kos perjalanan, kepenatan yg terpaksa sy tanggung dan kenderaan sy yg semakin uzur utk digunakan bg perjalanan jauh. Sy bergadai nyawa utk hadir ke kelas(adakah ini dpt “dilihat dan difahami” oleh org lain?)

            Hakikatnya, bg sesiapa yg tidak melalui semua ini tidak akan pernah mampu memahami apa yg sy lalui. Keperitan. Sy sendiri merasa kecewa dgn diri sy sendiri dan skrg sy telah mengecewakn pensyarah sy.
            Masalah yg menimpa2 menyebabkan sy tidak mampu melihat ke mana penyudahnya.belumpn selesai satu mslh, mslh len yg timbul. Dan sudahnya sy dilihat sbagai org yg tidak pernah berusaha mengatasi mslh sy. Ya Allah, kalaulah mereka fhm bhw saya berhempas pulas  “menyingktkn” waktu rehat sy sehingga kurang dr 6jam utk bangkit awl ke kelas dan “mengikat” perut utk menampung perbelanjaan sy.

            Saya terasa seperti putus asa utk meneruskn perjuangan sy. Melihat muka pensyarah pn sy dh malu, melihat muka KP mahupun kaunselor pn sy segan. Sehingga sy menaip semua ini, sy hanya mampu menitiskan air mata yg sy simpan sejak lama lg. (sy perlu tabah, utk menyokong suami dan adik sy, sy xblh tunjuk yg sy dh putus asa dgn hidup sy)

            Saya kesian tgk adik sy, terpaksa bersusah-payah, kesian pada suami sy, bkn shja terpaksa berkerja lbh keras utk menampung sy dan adik, bahkan menampung dan memikul segala masalah sy jg. Bukankah sy sebenarnya hanya membawa susah dlm hidup setiap org yg ada di sisi saya?

            Sy sentiasa berusaha, even usaha sy tu xnampak oleh org len. Tp, sy tak bernasib baik mcm org len, setiap usaha ada nilainya.

            Maaf puan dan encik, sy bkn xbangun pg, sy bangun pg, seawal yg sy mampu even sy sgt letih dan tidak sihat. Tapi, ada sj yg akn menghalang perjalanan sy. Ada yg cadangkn sy bangun seawal jam 6am. Boleh. Tp bayangkan situasi sy di mana sy hanya akan sampai di rumah pada jam 8pm, kemudian hanya tido sekitar jam 1am kerana perlu mencuci baju (ye, baju sekolah adik sy hanya ada sepasang shj) mengemas bilik dan melihat nota  serta melihat adik sy belajar. Perjalanan sy shja mengambil masa hampir 40 minit tidak termasuk sekiranya jln sesak. Penat, penat, penat!

            Saya cuba mencari rumah sewa berdekatan di shah alam, malangnya, deposit rumah terlalu mahal, bahkan ia seperti berebut (for sure la bgi org mcm sy, yg xberduit ni selalu kalah dlm perebutan melibatkan duit) sentiasa je terlepas. Xcukup dgn tu, sy mohon bantuan zakat utk membantu sy dr segi deposit rumah, then, tgk ape jd, lewat! Sampaikn tuan umah sewakan umah kpd org len.

            Saya belajar, belajar serajin yg sy blh. Tp tgk ape yg sy lalui….sy xde duit utk beli buku, xde duit utk Photostat nota, xde duit!! Bila sy mohon bantuan zkt,permohonan sy stuck, sampai sy kena gugur taraf sebagai pelajar (waktu tu sy tgh berkobar-kobar pergi ke kelas, bila dh jd mcm tu, down!) sy xblh pinjam buku kt library. Sy xde bahan rujukan. Sy xde duit nk Photostat or print nota or rujukan. Sdhnya sy hanya terkebil-kebil tgk student lain beli nota, print or Photostat nota. Terkebil-kebil tgk student lain merujuk buku2. bila saya xsihat, sy xleh g PK UiTM sbb sy dh gugur taraf, card sy invalid! So, sy terpaksa tahan sakit. Suami plak xde klinik panel (bkn slh dia pn).

            Suami sy bknnya kaya.maka, pernah x sesiapa merasakan sukarnya hidup bila nk beli makanan pn terpaksa pk nt nk bg wit belanja dkt adik sy, nk bayar tol lg. sy tahu suami sgt ssh hati sbb kami kekurangan duit. Sy bknnya xtahu mslh dia. Sy selalu pandang dia diam2 n merasa bersalah teramat sgt. Sbb sy, dia terpaksa lalui semua kesukaran ini. Knp la sy sentiasa menyebarkan “sial” yg xbersudah terhadap org len di sisi sy? Maafkn sy.

            Maaf puan mami sinthia, sy hanya baru sekali hadir kelas puan. Maaf encik Bashir sbb sy xpernah hadir kelas encik. Maaf Prof Ibrahim sbb sy jg xpernah dtg kelas encik, maaf puan azlina raof sbb sy xpernah hadir kelas puan n terlepas test pg td. (sy bkn buat alasan, tp sy dh sgt2 terlewat waktu sampai di uitm, ini bkn alasan, sy dh stdy, suami sy saksi)
            Maaf ayah, raya ni kitaorg xdpt nak balik spt yg ayah harapkan, kitaorg xde duit.
Saya dh hilang akal,xtahu nk buat apa, xtahu apa keputusan yg patut sy ambil. Gugurkn subjek n berusaha cari duit tyme cuti nt tuk tampung yuran yg tinggi nt sem depan? Berhenti je or cuti khas?tp camne dgn project paper sy?

            Mungkin sy patut menggugurkn beberapa subjek yg menjadi masalah kehadiran buat sy. Drpd sy gagal dlm final exam.mungkin dh takdir, sy akan sgt2 terlewat utk abis study. Dh takdir sy utk menghadap muka dan pandangan prejudis pelbagai pihak.

            Harini sy g uitm, ada perjumpaan dengan supervisor utk kerja project sy. Yer, sy bersungguh2 buat kerja tu sehari dua ni, siapkan dengan sebaiknya sbb nk tunjuk kt supervisor dan rakan sy tu sy berusaha dengan gigih.asal sy ada masa terluang, sy curi2 guna computer dlm bilik kuliah edit kerja saya. Sy xke kelas arini sbb kelas batal, tp sy tetap ada di sini. Ye, sy berusaha!

            Tetiba Sy dpt call dr suami, katanya tuan rumah dh desak suh bayar duit deposit rumah rm1100 tu. Tp, bila kami call pusat zakat, Tanya ttg bantuan deposit yg kami minta tlg cepatkan tu, diorg ckp tunggu je minggu dpn (alahai, kalau kami ni xterdesak, xde la kami merayu ia dipecepatkan, 3 minggu lg suh tunggu pn xpe), sudahnya, dgn rasa berat ati, sy lepaskn text kpd suami n ckp “b lepaskan je la umah tu, ckp kt tuan umah tu kita xjd sewa..kita xde duit nk bayar deposit rumah. Nak mkn pn kita ikat perut, lg mana nk cari deposit umah?”. Hati ni rasa sedih, air mata? Lg rasa nk menitis. Mana taknya, sy dh bayar rm100 kt tuan umah tu tanda booking umah tu utk disewa, (knp la tuan umah tu xleh nk fhm ckit je, sbr la, tunda la seminggu lg) pusat zakat pn cam xde alternative nk Bantu cepatkan.

            Well, diam xdiam, kami dh rugi RM1OO duit yg kami jadikan cagaran utk sewa rumah. Baguskn? Terima kasih tuan umah, time kasih pusat zakat. So, mcm mana hala hidup sy? Duduk menumpang lg di umah mak mertua, menempuh perjalanan yg jauh tiap2 hari, yg memenatkan dan menelan belanja yg tinggi. Sy fhm, suami dh xde duit nk tanggung sy. Maafkan sy sbb dh menyusahkan..

            Kadang2 sy rasa spt nk mohon cuti khas je sem ni then sy leh kerja, kerja tuk Bantu suami cari modal utk buat biz…tp sy pk kertas kerja sy, sygnyer!!! Sy tersepit!! Sy dh xmampu nk p kelas lg!! sbb sy kena ulang-alik g kelas tuk perjalanan yg jauh, duit minyak, duit tol n nk servis keta lg..sume tu! Suami xmampu….bila sy cuba berjimat, pergi kelas petang so dat sy leh hantar adik sy g kelas sekali, dh2 terang sy ponteng kelas pg, so, tuk tu je sy dh let down lecturers sy…maafkan sy, bkn niat sy nk let down lecturers or even nk betray ur trust. Sy xmampu. Cuba letak diri kamu di posisi sy, n bayangkan rasanya.

            Saya xmampu nk beli buku utk rujukkan, xleh pinjam buku kt library sbb dh kena gugur taraf, akibatnya student card sy invalid, sy xde duit nk Photostat nota apalagi nk print. Sy xde duit nk ulang alik, nk isi minyak keta, nk bayar tol. Keta sy dh makin uzur, bunyi sana-cni, dan ia bkn sekadar bunyi tp petanda dia mungkin akn “Sakit” xlama lg. lepas tu mcm mana sy nk g kelas? Nk ulang-alik dr telok panglima garang ke uitm??? Tgk keta sy ni…dh teruk! Mungkin kalau dia boleh bercakap,dia akan ckp “tlglah hantar aku ke mekanik, aku ni dh teruk sgt ni”.maaf kereta, sbb sy xmampu nk repair kamu, maka sy terpaksa memekakkn telinga buat2 xdengar “rintihan” kamu. Terpaksa buat2 lupa yg kamu “xsihat” lg utk dilanyak bagi perjalanan jauh. Sy terpaksa..sbb sy xde kenderaan lain lg nk naik…sy terpaksa jugak paksa awk bergerak sana-cni. Kalau x, lglah sy xkn dpt dtg langsung ke kelas..nt ape pulak kata lecturers????? Pemalas? Xde usaha?? Ye, usaha sy mungkin sebesar kuman utk dinilai. Sy ingat boleh la dpt sewa rumah kt s.19 tu, sng ckit, dekat pn dekat..kalau keta ni bermasalah. 8lis sy leh naik bus g uitm,tp,dh xdpt bantuan zakat. Lambat sgt. Rumah tu pn terpaksa la lepaskan kt org len tuk sewa. “kelakarkan” sampai thp nk mkn pn terkulat-kulat nk cari duit.

            Sy dh muak dgn kata2 “yea, sy fhm,tp kamu kena berusaha atasinya”…ala, mcm la sy xpernah berusaha. Mcm la selama ni sy duk goyang kaki dgn rasa sng hati atas ape yg sy lalui….

0 comments: