BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 21 November 2011

What if.....

Mostly kita selalu dgr tentang anak yang menganiaya ibunya..mmg tragedi kn? sadis benor gamaknyer..sampai ramai yg condemn n kata "tergamak yer buat cenggitu..?!" tapi, Alyssa tertanya-tanya, apa pulak "status" pandangan org bile ini yg terjadi.....


Kisah ini dipetik khas dari kisahhidup seseorang... xde ciplak2 yer..mmg seyes jadi ni....tumpang letak je kt sini....

Aku mmg anak kurang ajar....biadap barangkali..setiap perbuatan ibu aku yg aku rasa tak elok, aku mmg tegur..bkn sbb aku bencikan ibu aku, tp sebab aky sygkan ibu aku..tp ibu selalu jwb "kubur aku, sukati aku la.." aku ingat lagi, bila aku suruh ibu solat..ibu akan menjawab "buat penat je solat tonggang tonggek, pastu buat dosa.."..sampai sekarang,aku tak faham apa definisi solat buat ibu..aku hanya nampak ibu bersolat bila ibus akit atau dia sudah susah..tpi lepas dia terlepas dari semua tu..dia wat hal balik mcm biasa..aku bingung...

Well, aku bukan anak yg taat mcm ayong...walau ibu berkepit dgn Pakistan depan mata dia, dia leh buat dunno je....tak kisah,,mungkin dia nk tgk ibu bahagia...ibu?? ibu lbh suke pada anak yang sokong dia n bukan against dia...adik aku?? dia ikut perangai aku la...

Sudahnya, aku dihalau keluar oleh ayong..ibu? dia buat tak tahu je...tak ada pun dia pertahankan aku...aku kemas barang n decide tuk kuar dari rumah tu hari tu jugak...tetiba adik aku pun nk ikut sekali..dia ckp dh xtahan duduk rumah tu sbb tgk ibu mengelayan Pakistan..sbb tgk ibu lebihkan Pakistan n cucu.. well, kalau ibu dh kahwin xper la..ini tidak...ayong pula layan adik macam kuli dia...asyik suruh jaga anak dia..hek'eleh..ko reti buat anak je..beranak pastu suruh org jaga anak ko..agak2 ko xde budget nk "ternak" anak kau tu, ko tagih duit kat org..kalau tak kt aku..kt ayah...xpun kt ibu..sudahnya ibu tagih duit pula kt Pakistan..baguslah ayong..ko mmg "penyumbang" jalinan dosa ibu...

Aku keluar dari rumah tu..adik aku pn ikut sama..ayah? dia tahu..dia yg suruh aku bawak adik sekali..ye, masa ni, aku disumpah ibu.katanya aku anak derhaka...aku diam, tapi jauh disudut hati,a ku sedih..sedih sgt!!! knp ibu dgn senang je suka menyumpah anak2 dia....seolah2 dia rasa title dia tinggi sgt...ye la.kuasa veto seorang ibu..aku tanya ayah "derhakan tak akak buat macam ni??" ayah kata "tak..bukan akak yang buang dia, dia yang buang akak".

Akhirnya aku bernikah..xde la wat kenduri besar-besaran pun..kecil-kecilan je...dari hidup aku terumbang-ambing, sekarang dh ada suami yang menjaga aku dan adik. Alhamdulillah..Allah kurniakan aku seorang suami yang sgt baik..

Aku masih menerima bertubi-tubi text dari bu..caci maki dari bu itu dah jadi makanan ruji aku. sampaikan tahap ibu jaja konon aku bersekedudukan dgn lelaki,w alhal aku dah kahwin. tapi aku buat tak kisah..kalau ikut hati aku, aku rasa nk lodge je police report..kn tu "tugas" anak derhaka?? tapi suami dan ayah suruh aku bersabar..suami kata "biar ibu buat apa pun, jgn kita buat dosa kt ibu.."..baiknya suami aku!!! even dia dh kena fitnah diakatakan melarikan anak org..wahai bu, kalau tiada dia yg kini menjadi suamiku, anak yg telah ibu sumpah derhaka ini sudah tentu menderita hidup merempat dijalanan dan tidak makan lagi tidak minum..mujur dia ada menjaga kami berdua...

Lama ibu menyepi dari text aku even telefon aku...byk kali jugakaku tanya pada adik samada dia mahu berjumpa dengan ibu..adik ckp dia belum bersedia...katanya dia terlalu berkecil hati dgn ibu...selalu adik ungkit kata2 terakhir ibu sebelum kami keluar dari rumah itu..."kalau kau xada...aku ada 3orang lagi kat depan tu yg leh ganti kau!"..tu yg buat adik kecik hati dgn ibu....sp 3 orang tu? tu adalah cucu2 ibu...hal lain2 yg buat ibu kecik ati dgn ibu..xpayah la aku nk huraikan kt sini...ibu fikirlah sendiri..betapa ibu layan Pakistan melebihi anak sendiri..sanggup buang anak demi Pakistan n demi 3 orang cucu..ye, mungkin betul..3 orang cucu dan Pakistan tu lbhbernilai dari anak sendiri yang ibu kandung selama 9 bulan dah lahirkan...

Maaf ibu, adik belum bersedia nk jumpa ibu...bukan aku yang tak bagi dia jumpa, tapi dia sendir yang taknak..aku dh bagi dia hp untuk dia call n ckp dgn ibu tp katanya, dia taknakbercakap dgn ibu pun...barangkali, ibu kena terima hakikat, ibu dh "kehilangan" adik..

Ini perkara yang paling buat aku menyirap darah..tergamak ibu buat macam ni??? satu hari, aku terima panggilan dari pusat zakat yg bertanya ttg keberadaan aku sekarang..aku nebes..ape ke motifnya ni?? mmg aku ada apply bantuan zakat aritu..rasanya dh lulus la kut..takkan nk suh amik cheque pn nk tanya aku kt mana....

Sudahnya aku diminta dtg segera ke pusatzakat..apalagi..bergegas aku bersiap pergi ke sana bersama adik...sampai je di sana, aku diserahkan cheque bantuan...Alhamdulillah..tapi aku dikejutkan dgn satu berita... berikut adlah apa yg pegawai zakat itu sampaikan....

"maafkan kami sbb terpaksa minta puan dtg segera tuntut cheque ni...bukan apa, kami ada menghantar surat mengatakan bahawa permohonan puan sudah diluluskan dan surat itu dialamatkan ke rumah lama puan iaitu rumah ibu puan. Dan tengahhari tadi ibu puan dtg ke sini bagi menuntut cheque puan..kata ibu puan, dia menuntut cheque tersebut bagi pihak puan kerana puan berada di Sabah sekarang..dan dia juga mengatakan ysng puan belum berkahwin..dia juga meminta agar pihak kami menukarkan nama bagi cheque ini kepada nama dia..sbb di sini la kami musykil..kerana kami sudah sedia maklum yg puan mmg berada di Shah Alam dan kami sendiri juga telah menerima dokumen pernikahan puan yang dilampirkan bersama dengan borang permohonan tempoh hari..lagipun, kalau dia nk amik bagi pihak puan, kenapa dia minta tukar ke atas nama dia...disebabkan ini kami call puan and tanya puan di mana...mujur kami tak percaya dgn kata-kata dia dan menyerahkan cheque ini kepada dia..."

Aku terkejut...tak sangka!!! tergamak ibu buat aku macam ni..kalau aku senang, aku xapply bantuan zakat tu..sbb aku perlukan la aku apply, knp sampai duit ni pn ibu nk amik??? ibu tahu tak apa hukumnya mengambil hak org lain apalagi duit zakat??? knp ibu jd camni? adik aku geleng kepala..adik sedih..adik sama seperti aku...rasa tak percaya..ibu tergamak buat macam ni kat aku...

Maafkan aku ibu..rasanya aku takkan ada peluang lagi untuk berjumpa ibu...selagi suami aku tak izinkan..ternyata dia pun terasa kecik ati dgn cara ibu...maaf ibu, adik jg tak mahu berjumpa dgn ibu...ibu jgn kecik hati...bukan kami tak nak..tapi ibu yg buat keadaan makin teruk....jaga diri ibu..akak dan adik dah tak boleh jaga ibu sbb ayong ckp dia bolehjaga ibu sendir dan tak perlukan kitaorg...bahkan dia dh ugut kami agar tak balik lg....bubye ibu.....

0 comments: