BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 4 August 2012

Juz my seposen....

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester le

pas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam

, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.


Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.


Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


- Mdm Fauziah Mohd Noor (AIKOL's Lecturer)



Salam...
Jangan terasa hati bila terbaca ini sbb nya aku pn hanya nk berkongsi apa yg aku rasa. rasa nya org yg mengeluarkn kenyataan tu lbh berusia dr aku...akulah antara pelajar2 univeristi yg sudah berumah tangga.  kenyataan yg aku bg ini bknlah bermotif utk menyindir mahupun mencari gaduh...uma sekadar mahu berkongsi pendapat di atas beberapa perkara yg aku xberapa setuju...

"JGN DIPAPARKN KEMERSRAAN SEBAGAINYA SEBAGAI SUAMI ISTERI DI FB,BIMBANG NT MEMPENGARUHI PERTIMBANGAN RAKAN2 BUJANG LAIN UTK BERUMAH TANGGA"

Dh namanya belajar thp universiti, seharunya mereka tlh bijak membuat pertimbangan. ok la, mmg aku bersetuju, jgn nk paparkn kemesraan hidup sebagai suami isteri kt fb, tp,rasanya if setakay pic berdating atau berdua (yg blh jg dirujuk sebgai kemesraan) rasanya masih xper...macam aku sendiri pn, kebanyakkan pic yg ada tu aku tapis2 jg b4 nk kongsi, mana2 yg aku rasa agak "terlampau" mesra tu, xde la aku publish, sekadar besa2 tu ada la...pastu aku mmg ada letak pic aku kawen...yg jd mslhnyer, knp puan tu rela merayu org yg dh kawen jgn kongsi kebahagiaan mereka di FB if dipandang dr sudut positif, ia menjadikan 1 semangat utk org lain jg hidup bahagia. adalah lbh wajar utk puan itu merayu2 di fb utk ank2 muda yg belum bernikah utk tidak langsung menunjukkan apa2 sj kemesraan di fb..dan adalah lbh wajar utk puan itu merayu2 kpd muda-mudi utk berhenti bercinta dan fokus pd pelajaran jika perkahwinan di pandang sprt menyusahkan.. "JGN BERCINTA JIKA BELUM BERSEDIA UTK BERUMAH TANGGA"

Aku fhm, puan tu ckp mcm tu sbb sedih tgk nasib pelajar dia yg sorg tu..tp, fikirlah puan, "JGN DISALAHAN IKATAN PERKAHWINAN BILA YG MENGGAGALKANNYA ITU ADALAH MANUSIA"..

Aku bercakap dr sudut seorang pmpn dan jg pelajar yg telah bernikah pada ketika itu aku masih menuntu dan aku akui sehingga ke hari ini, aku jg masih bergelar seorang pelajar dan seorang isteri.  Pada aku, berkahwin pada usia apapun tidak akn pernah mampu menjamin bahawa seseorang itu akn kekal bahagia. kahwin sudah usia lanjut jg blh menyebabkan perceraian.

Benar puan, perkahwinan itu bknnya sesuatu yg kita blh "try n error" tp tlg jgn menyalahkan ikatan perkahwinan itu. Aku terkilan bila baca status puan tu bile mana dia merayu2 supaya suami isteri menyekat berkongsi kebahagian yg mana aku lihat sebagai sesuatu yg baik. aku melihata beberapa rakan aku berkahwin sblm ini, mmg aku ada terasa cemburu, tp dlm masa yg sama, aku belajar dr pemerhatian bhw kehidupn dlm perkahwinan ni suatu yg mencabar. Mujur la aku ada beberapa rakan yg dh berkahwin yg aku leh rujuk kehidupan berumah tangga ni sesukar mana....jd, if ada ank2 yg dh bernikah nk berkongsi secebis kebahagiaan mereka di fb, biarkanlah selagi xtayang yg melebih2 tu kn..lbh baik puan fokus pd pelajar2 yg xkahwin lg tp duk post2 pix melampau2 extra ada unsur sex lg...fhm sendiri je la....

Aku berkahwin muda, ketika menjadi pelajar, Alhamdulillah, perkahwinan aku menjadi semakin baik sehingga kini, byk yg kami belajar bersama...dan perkahwinan ini terikat selepas hanya 3 bln kami berkenalan sbb "ADALAH LBH BAIK KAMI MENJADI SUAMI ISTERI YG SAH UTK BERKASIH SYG DR MENJADI PSGN COUPLE YG HARAM UTK BERHUBUNG PADA DASARNYA"

mmg benar puan, yg xsemua akan menemui psgn yg baik...xsemua bertuah kn? tp,jgn krn kegagalan dia seorang, puan mempengaruhi fikiran rakan2 pelajar sy yg lain utk membina masjid. menerima psgn yg slh dlm hidup tidak pernah kira sudah berkahwin atau belum...baik bercinta mahupun bernikah, jika sdh takdir dia menerima pasangan yg slh, maka itulah jadinya.....

Puan, sblm aku bernikah dl, aku selalu berfikir bahawa perkahwinan ni satu perkara yg bahagia...sng...dan xde mslh, org pula selalui refuse utk berkongsi saat2 duka melalui sebuah perkahwinan...tp, apabila aku sdh melaluinya sendiri, mmg aku akui ada saat2 sukar ketika kami bersama, tp, kami xpernah berhenti dr belajar utk memperbaiki dan org2 tua kami adalah sumber rujukan kami yg terutama. dan paling penting, setahun awal perkahwinan ni, kami selalu tanamakn di dlm diri bhwa ia adalah 1 proses permulaan perkenalan...umpama nk tahu nama, tempat tinggal, hobi dan sebagainya..cuma perkara se-simple tu yg kita buat masa bercinta dl hanya mkn masa seminggu barnagkali kini menjadi setahun..sbb, bila bercinta, kita hanya berjumpa sesekali aje, dh kahwin, hidup bersama, mestilah byk yg nk kena figure out....

Maka, konklusinya ialah,aku bkn tidak bersetuju dgn pendapat puan seratus peratus tetapi ada beberapa inti pati yg aku kurang bersetuju. jgn menyalahkan perkahwinan tu, salahkan org yg slh membuat pertimbangan. jgn dihalang or utk berumah tangga, galakkan dan berikan panduan, itu lbh baik dr menyekat mereka dan menakut2kn mereka utkk berumah tangga..sanggup ke nk tanggung dosa2 meraka if mereka membuat maksiat sbb takut nk kahwin...persoalannya, tggjwb berkhwin ni mmg besar, so, xkira bila pn umurnya bernikah, itulanh tanggjwbnyer, xde plak bila kahwin dh tua2 t kurang tggjwb.....xdenyer....

Dan paling penting, lbh baik fokus kpd pelajar2 yg bercinta pastu publish yg xenak kt fb...xelok tu...rasanya, org yg lom nikah ni lbh extreme berkongsi "kebahagiaan" berbanding yg dh bernikah...ye la, yg bercium n bermaksiat di celah2 semak pokok, di dlm kereta mahupun hotel bajet tu yg gitu la..kami yg dh nikah ni xde pn extreme nk berkongsi...

Sekian terima kasih...aku ada byk nk ckp tp tgn ni malas menaip sbb hati ni dh meronta2 ajak kuar g beli brg make up...hihiihih ;p
 

0 comments: