BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, 7 August 2012

Baju kurung moden vs baju raya

Salam semua...!!

baiklah..sila baca tajuk entri tu....
apekah??
ok la..meh kita kira2 jap kalendar yg cantik yg telah ku conteng2 tu kn...

ape???!
 kita dh puasa 18 hari???
maknanya kita hanya da 12 hari je lg nk puasa then raya...?

ok hap...
aku lom wat pape persiapan pn lg..
biskut raya xwat papepun..
baju raya xbeli lg..
kasut raya xbeli lg...
apepun xbeli lg..
adeh~

tp, aku mmg dh la g usha2 jenjalan cari la kn..
tp malangnyer xder yg aku berkenan...
if ada pn, xsama size..
nk tempah?
terlmabat sudah..

so, aku punya la akal kan..
aku hentam la p Nagoya semalam..

g beli kain 4.5 meter...
hajat di hati nk wat baju kurung moden yag kain ropol2 tu..

ok, if korang nk tahu, aku mmg xde bakat menjahit..pengalaman jauh entah ke mana...
lg2 baju kurung moden..
aku xtau mende!!
tp aku menggatal gak nk cube..hahah ;p
berbekalkan pengalaman aku pernah try jahit baju raya bertahun lepas tu..
yg jadi tap senegt sikit tp bila aku pakai then aku cover dgn tudung, baju tu nampak ok, pastu aku letak butang byk2 kt baju tu supaya xmenganga...hahahha ;p

So, kali ni pn aku wat pangai yg sama..aku xde pola..
korang nk tau mana aku cari ilmu nk dpt pola?
aku google la..
dh dpt camne cara nk watnyer..

so, aku pn nk try la ni..
smlm, dgn semangat penuh berkobar2, sanggup tidur kul 2am semata2 nk wat pola belakang baju n gunting..
ok la..dh pn selamat aku gunting bahagian belakang, tapi aku ngaku yg bahagian depan belum lg...hihihih ;p

erh, hurm....pastu, arini bila aku cadang2 nk setel kan pola tu kn..

tetibe hati aku gusar..
sbb aku xreti macamane nk jahit sorok zip tu..
pastu aku plak mmg jahit baju pakai tgn je..
aku xde mesin jahit la....
xmampu nk beli pn ad agak... :(
laki aku ada la tanya, xper ke?
aku wat ayat sedap hati..
"org zaman dl jahit pakai tgn kn..."
ok~ sj wat ayat tu tuk sedapkan ati...

Ok la, walau bagaimanapun, aku dh nekad..
weh! aku dh beli kain la..so, mesti la diteruskan juga perancangan tu..
jadi ke x baju tu, itu belakang citer la...hahah ;p

yg penting aku dh cakap awl2 kt hubby aku yg sila get ready, andai kata baju tu xmenjadi, maka seblm kita balik raya t, jom p beli baju raya utk saya..

mujur aku ni jenis xkisah sgt dgn tema2..janji ad abaju baru..aku ok je..ngee ;p
So, tu la motifnye..aku nk gak cuba jaya..


if jadi, aku tayang la kt korang...if xjd, aku simpan wat perkasam...
hahhah ;p

bubye!!


Saturday, 4 August 2012

Juz my seposen....

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester le

pas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam

, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.


Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.


Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


- Mdm Fauziah Mohd Noor (AIKOL's Lecturer)



Salam...
Jangan terasa hati bila terbaca ini sbb nya aku pn hanya nk berkongsi apa yg aku rasa. rasa nya org yg mengeluarkn kenyataan tu lbh berusia dr aku...akulah antara pelajar2 univeristi yg sudah berumah tangga.  kenyataan yg aku bg ini bknlah bermotif utk menyindir mahupun mencari gaduh...uma sekadar mahu berkongsi pendapat di atas beberapa perkara yg aku xberapa setuju...

"JGN DIPAPARKN KEMERSRAAN SEBAGAINYA SEBAGAI SUAMI ISTERI DI FB,BIMBANG NT MEMPENGARUHI PERTIMBANGAN RAKAN2 BUJANG LAIN UTK BERUMAH TANGGA"

Dh namanya belajar thp universiti, seharunya mereka tlh bijak membuat pertimbangan. ok la, mmg aku bersetuju, jgn nk paparkn kemesraan hidup sebagai suami isteri kt fb, tp,rasanya if setakay pic berdating atau berdua (yg blh jg dirujuk sebgai kemesraan) rasanya masih xper...macam aku sendiri pn, kebanyakkan pic yg ada tu aku tapis2 jg b4 nk kongsi, mana2 yg aku rasa agak "terlampau" mesra tu, xde la aku publish, sekadar besa2 tu ada la...pastu aku mmg ada letak pic aku kawen...yg jd mslhnyer, knp puan tu rela merayu org yg dh kawen jgn kongsi kebahagiaan mereka di FB if dipandang dr sudut positif, ia menjadikan 1 semangat utk org lain jg hidup bahagia. adalah lbh wajar utk puan itu merayu2 di fb utk ank2 muda yg belum bernikah utk tidak langsung menunjukkan apa2 sj kemesraan di fb..dan adalah lbh wajar utk puan itu merayu2 kpd muda-mudi utk berhenti bercinta dan fokus pd pelajaran jika perkahwinan di pandang sprt menyusahkan.. "JGN BERCINTA JIKA BELUM BERSEDIA UTK BERUMAH TANGGA"

Aku fhm, puan tu ckp mcm tu sbb sedih tgk nasib pelajar dia yg sorg tu..tp, fikirlah puan, "JGN DISALAHAN IKATAN PERKAHWINAN BILA YG MENGGAGALKANNYA ITU ADALAH MANUSIA"..

Aku bercakap dr sudut seorang pmpn dan jg pelajar yg telah bernikah pada ketika itu aku masih menuntu dan aku akui sehingga ke hari ini, aku jg masih bergelar seorang pelajar dan seorang isteri.  Pada aku, berkahwin pada usia apapun tidak akn pernah mampu menjamin bahawa seseorang itu akn kekal bahagia. kahwin sudah usia lanjut jg blh menyebabkan perceraian.

Benar puan, perkahwinan itu bknnya sesuatu yg kita blh "try n error" tp tlg jgn menyalahkan ikatan perkahwinan itu. Aku terkilan bila baca status puan tu bile mana dia merayu2 supaya suami isteri menyekat berkongsi kebahagian yg mana aku lihat sebagai sesuatu yg baik. aku melihata beberapa rakan aku berkahwin sblm ini, mmg aku ada terasa cemburu, tp dlm masa yg sama, aku belajar dr pemerhatian bhw kehidupn dlm perkahwinan ni suatu yg mencabar. Mujur la aku ada beberapa rakan yg dh berkahwin yg aku leh rujuk kehidupan berumah tangga ni sesukar mana....jd, if ada ank2 yg dh bernikah nk berkongsi secebis kebahagiaan mereka di fb, biarkanlah selagi xtayang yg melebih2 tu kn..lbh baik puan fokus pd pelajar2 yg xkahwin lg tp duk post2 pix melampau2 extra ada unsur sex lg...fhm sendiri je la....

Aku berkahwin muda, ketika menjadi pelajar, Alhamdulillah, perkahwinan aku menjadi semakin baik sehingga kini, byk yg kami belajar bersama...dan perkahwinan ini terikat selepas hanya 3 bln kami berkenalan sbb "ADALAH LBH BAIK KAMI MENJADI SUAMI ISTERI YG SAH UTK BERKASIH SYG DR MENJADI PSGN COUPLE YG HARAM UTK BERHUBUNG PADA DASARNYA"

mmg benar puan, yg xsemua akan menemui psgn yg baik...xsemua bertuah kn? tp,jgn krn kegagalan dia seorang, puan mempengaruhi fikiran rakan2 pelajar sy yg lain utk membina masjid. menerima psgn yg slh dlm hidup tidak pernah kira sudah berkahwin atau belum...baik bercinta mahupun bernikah, jika sdh takdir dia menerima pasangan yg slh, maka itulah jadinya.....

Puan, sblm aku bernikah dl, aku selalu berfikir bahawa perkahwinan ni satu perkara yg bahagia...sng...dan xde mslh, org pula selalui refuse utk berkongsi saat2 duka melalui sebuah perkahwinan...tp, apabila aku sdh melaluinya sendiri, mmg aku akui ada saat2 sukar ketika kami bersama, tp, kami xpernah berhenti dr belajar utk memperbaiki dan org2 tua kami adalah sumber rujukan kami yg terutama. dan paling penting, setahun awal perkahwinan ni, kami selalu tanamakn di dlm diri bhwa ia adalah 1 proses permulaan perkenalan...umpama nk tahu nama, tempat tinggal, hobi dan sebagainya..cuma perkara se-simple tu yg kita buat masa bercinta dl hanya mkn masa seminggu barnagkali kini menjadi setahun..sbb, bila bercinta, kita hanya berjumpa sesekali aje, dh kahwin, hidup bersama, mestilah byk yg nk kena figure out....

Maka, konklusinya ialah,aku bkn tidak bersetuju dgn pendapat puan seratus peratus tetapi ada beberapa inti pati yg aku kurang bersetuju. jgn menyalahkan perkahwinan tu, salahkan org yg slh membuat pertimbangan. jgn dihalang or utk berumah tangga, galakkan dan berikan panduan, itu lbh baik dr menyekat mereka dan menakut2kn mereka utkk berumah tangga..sanggup ke nk tanggung dosa2 meraka if mereka membuat maksiat sbb takut nk kahwin...persoalannya, tggjwb berkhwin ni mmg besar, so, xkira bila pn umurnya bernikah, itulanh tanggjwbnyer, xde plak bila kahwin dh tua2 t kurang tggjwb.....xdenyer....

Dan paling penting, lbh baik fokus kpd pelajar2 yg bercinta pastu publish yg xenak kt fb...xelok tu...rasanya, org yg lom nikah ni lbh extreme berkongsi "kebahagiaan" berbanding yg dh bernikah...ye la, yg bercium n bermaksiat di celah2 semak pokok, di dlm kereta mahupun hotel bajet tu yg gitu la..kami yg dh nikah ni xde pn extreme nk berkongsi...

Sekian terima kasih...aku ada byk nk ckp tp tgn ni malas menaip sbb hati ni dh meronta2 ajak kuar g beli brg make up...hihiihih ;p
 

Friday, 3 August 2012

Nota Kecil Utk Momo -RIP on 02.08.2012

Kpd momo syg....mama sygkn momo walaupun singkat waktunya momo bersama mama...terlebih dahulu mama minta maaf sbb terpaksa hantar momo ke rumah akk zarina, itu demi kebaikan momo, momo mesti dpt susu ibu..mesto momo seronok dpt menyusu dgn mama cheetah kn? sampai mama diberitahu momo ceria & sihat...mama gembira mendengarnya..

Bila mama diberitahu momo selsema, mama sedih, bimbang jika momo menerima nasib sama sprti Cik Teh...tp, mama percaya akk Zarina sentiasa memberi yg terbaik buat momo..ye, mama akui, lbh dr apa yg mama mampu, sbb tu mama xkisah bila momo bersama kuarga akk Zarina..sbb mereka sekeluarga sgt prihatin terhadp momo dn yg lain2 bkn?

Momo, mama takut dan bimbang tiapkali terima msg or pm dr akk zarina, takut diberitahu momo dh xde, lg risau hati mama bile diberitahu momo kena jaundice..tp, mama sgt2 bersyukur sbb mama serahkan momo utk jagaan sementara kpd akk Zarina, sbb mereka jg momo dgn baik sekali...mama sgt terhutanhg budi kpd mereka sekeluarga momo...krn momo, mama kenal mereka yg sgt baik hati...

Tp, apapun, mama kena bersedia dgn segala kemungkinan, smlm, dlm jam 11 lbh, mama terima sms dr akk zarina menyatakan momo dh tiada..masa tu mama terkedu, air mata ni xmampu nk menitis...tergamam barangkali..sbb mama bru plan nk jenguk momo weekend ni... :(

Momo ank mama, pergilah syg..mama redha..kalau bsr rasa sedih hati mama, bsr lg rasa sedih di hati akk zarina & keluarga, sbb mereka yg lbh byk menjaga momo...InsyaAllah, ada jodoh, walaupun mungkin jln kita berbeza di akhirat kelak, Allah mungkin akn memberi mama kesempatan utk mama melihat ank mama ni bersama yg lain2..

Mama minta maaf if ada slh silap mama pd momo selama beberapa ari momo dgn mama...

Slm kasih syg dr mama....

Saturday, 21 July 2012

Buat jiranku: setepek teguran utkmu

Salam semua...
salam Ramadhan pertama...

Ok la..if korang baca tajuk entri pn cm entri nk cari gaduh kn?
tp tu bkn la entri nk cari gaduh...itu hanya entri susulan entri semalam...
entri ape? entri ni ha...

So, aku berjaya la bertamu muka dgn uncle yg curah cecair dpn umah aku yg menyebabkn aku terjatuh pg aritu sblm aku nk g keja...

Wah2 uncle tu...
dia nampak muka aku leh senyum2 plak mcm xsalah...

Aku pn mulalh mukadimah..
(Sila baca skrip di bawah n bygkn la...chewah!!! )

(aku)
"uncle, sy ada hal sikit nk ckp ni..pasal aritu yg uncle tegur pasal kucing tu kn...sy perlukn  notis sebulan la...so, by the end of next month barula kami leh decide either nk pindah or kami pindahkn kucing2 kami tu..."

(uncle)
"Pasal kucing? knp dgn kucing erh?"

(Aku)
"Aritu kn uncle komplen dgn sy pasal kucing2 kt umah sy..." so, sy juz nk bgtau yg next month baru kami decide la"

(uncle)
"u mau pindah rumah ka? lbh baik u pindahkn kucing2 u la dr u pindah, sini ssh maucari umah tau"

(aku)
"Sy xsure lagi la samada sy pindah or sy pindahkn kucing2 sy...cuma sy nk tegur pasal u simbah cecair dpn umah sy...aritu u ckp u simbah asid dpn umah sy kn?"

(uncle)
"simbah? simbah ape? sy xwat apapun..."

*masa ni aku admit aku mmg dh mula berang la sbb dia leh wat lupa plak..."

(aku)
"aritu uncle sendiri ckp u simbah asid kt dpn umah sy..."

(uncle)
"woh, itu bkn asid sebenarnya, itu clorox...sbb jiran2 sume mengadu, itu jiran yg melayu tu jg mengadu la ada bau...bila naik tangga kn, ada bau, itu pasal la sy simbah itu clorox"

(aku)
"sy xtau la ttg bau tu sbb sy xde bau pn...tp xkisah la..nasihat sy next time tlg jgn curah ape2 dpn umah sy..bahaya...org blh jatuh, lantai licin"

(uncle)
"u punya hal sama la dgn ad asorg tiu jg, sy sdh bincang hal ini sama org2 lain jg...u bela 2-3 ekor xpe la, ini byk, hal u sama dgn ada sorang India dl, bela byk jg...bila kita buka tingkap rumah, dia garang2 sama kita tau...."

*time nk aku lg panas sbb aku ckp pasal hal dia simbah cecair kt dpn umah aku, tp dia p corner citer lain plak...ape aku peduli...pasal hissing2 tu...dia tu bengong ke hape...sbb 1) sejak bile pulak bile dia buka tingkap umah dia nampak kucing2 aku? sbb tingkap umah kami xbertentangan pn....pintu umah ye la... 2)sejak bile pulak kucing2 aku berpeleseran kt dpn pintu umah n hissing2? sbbnya diorg tu nk tgk pintu umah or luar umah pnn aku xizinkn...sbb tu aku ada aktiviti tiap2 bln bawak diorg balik kg....

(aku)
"sy xpeduli la sume tu...yg sy nk pesan, next time jgn curah pape dpn pintu umah sy..."

(uncle)
"itu sbb ada bau la.."

(Aku)
"if u or sesapa ada nampak kotoran ke, bau ke, u juz knock our door n tell us, we will clean it up...xde hal...ni u curah air sabun camtu, lantai licin, org blh jatuh...sy haritu pn jatuh, almost miscarriage...."

*time ni aku tgk dia masih senyum, xde rasa bersalah n juz ckp sy minta maaf la...tp masih senyum2...

(aku)
"sy xterima permintaan maaf"

* masa ni dia cm terkejut tgk  aku...mb dia xsangka aku akn jd setegas tu...n segarang tu...ha, ko hengat aku kecik, pmpn, ko leh suka2 la..dgn hubby aku xmo lak korang ckp pape...tp hengat ha..antara aku n hubby aku, lbh baik korang waspada dgn aku...sbb aku ni jenis pendendam tau...cara aku "bermain" lbh kasar....if aku ckp aku xkn lepaskn..habis keturunan kau aku cari...sbb tu aku mls nk gaduh2..bak kata ayah aku...

"biar org kecik ati dgn kita xpe, jgn kita kecik ati dgn org lain....nt lain jadinya.."

*keturunan aku, lain ha........

(aku)
"remember, next tyme jgn nk curah pape la...ada kotor, ketuk pintu umah kami n bgtau, kami bersihkn....xde hal...sy almost miscarriage aritu sbb jatuh, n sy almost nk report polis pasal hal ni...next time if sy nampak ada pape cecair di depan umah sy lg, sy xteragak2 buat report polis, dis time sy lepaskn"

*aku tgk muka uncle tu dh cuak bila aku sbut polis...well, aku belajar undang2...aku lbh tau pasal hak aku berbanding kau...aku tau la kes aku lbh bsr issue dr ko report aku kt MBSA...

* So, uncle tu asik minta maaf je kt aku..

(aku)
"sy xmaafkn"

*aku terus blah balik umah...

ADA AKU KESAH?????

****************************************************************

P/S: pastu aku call hubby aku n citer.....dia gelak je sbb dia tau mulut aku if dh bercakap mcm mana...almaklum la...hubby aku lbh gemar aku bercakap if mrh dr aku diam if aku mrh sbb if aku diam masa mrh, lain jadinya nt....maksudnya aku ambil ati....

So, hubby aku pn ckp yg dia rasa jiran melayu tu yg lbh2....well, aku pn rasa yg sama sbb dia yg suh uncle tu tegur aku...aku pn xtau np bkn dia je ckp terus kt aku..pastu smlm, masa kami balik beli brg2, dia leh buka pintu sikit n tinjau2...dia ingat aku xnampak ke... "hello....aku ada extra sense ok....!"

So, aku ckp dgn hubby...
"xper la, tunggu la, t sy jumpa dia, sy tegur dia n tanya if dia ada pape yg xpuas hati dgn sy...will see....rasanya dia pk dia solat tonggek2 ari2 tiap waktu tu cukup buat dia ke.....?"

*aku rasa hubby aku dh fhm maksud aku tu....terus terang, since aku dh nikah...aku xde la nk "main" kasar dh...so, jgn la wat aku nk "main" ksr....xgemor la...sbb aku jenis if "main", "bantai habis".

Friday, 20 July 2012

Kucing vs jiran2 aku

Salam Jumaat semua..

hoiyeesss!! esk puasa la...Alhamdulillah..
tp entri kali ni bkn nk citer pasal excited nk puasa ok...tp, lbh kpd apa yg terjadi smlm...
ok la, smlm mmg bad day aku....

seyesly..starting my day dgn terjatuh, tergolek kt depan umah sbb ada org pour air sabun ke hape tah...so, lantai jd slippery...
sakit2 1 badan..

pastu, g keja..
suddenly aku teruat salah kt data2 files..
ko kena bebel dgn boss n kena balik lambat...
pastu balik2, dh sakit2 badan, dh sakit ati, tension, alik2 jiran depan umah aku..
si ireng tu sound aku...cenggini la dia ckp..

**ireng tu bahasa jawa tau... ;p

"Adik, umah u ada bela kucing kan?"
(ni yg pyh bile ckp dgn si ireng, sbb bile pulak umah aku yg bela kucing? aku yg bela la....)
then aku angguk la..

dia ckp "u bela brp byk?"

aku jwb "10 ekor..."
(actually aku bela 12 ekor...heh~)

pastu dia ckp "byk tu, sbnrnya sy yg simbah air kt depan umah awk, itu air asid, sbb awk cuci umah, itu air kencing keluar, berbau..semalam bila saya simbah itu air asid, dia naik bau tau, hancing lepas tu tukar kaler putih..u kena pikir la budak2 kecik ni (sambil tunjuk kt ank2 jiran yg dh bsr tu), u jg byk sgt kucing, xblh, sy blh adu ke MBSA tau..so, sekrang, samada u pindah or u buang kucing2 u..bela 2-3 ekor xpe la...if u xnk pindah, i akan report kt MBSA n kami akan halau u...u pilih la.."

Memandangkan tyme tu aku seyesly tgh letih,sakit2 badan n bad mood, so aku diamkan je...
sbb otak aku tgh serabut!! xde mood nk ckp byk..
aku balik umah, aku nangis...
gile x, tekanan tau..
aku dh la ada masalah.....
mcm2!

duit la, bisnes la, keja la, study la, umah tangga la, kesihatan la, kandungan aku yg asik hilang je la....sihir la...
tension!

hubby aku balik, aku terus mengadu kt hubby...hubby aku peluk aku..dia tau, kucing2 aku tu la kekuatan aku selama ni..
if nk pisahkan aku dgn diorg, konpem aku xleh...

so, kami decide tuk berpindah balik kg...mintak2 kt kg org xkisah dgn anak2 bulus aku tu...
tp if nk pindah pn kena tunggu thn depan la..sbb tunggu aku habiskan last sem ni ha...
cuma aku BERJANJI...

if aku bertemu dgn si ireng tu, 
konpem aku nk ceramahkan dia pulak ttg hak aku dan undang2..
smlma ku dgr ape dia ckp...
kali ni turn dia pulak....
aku dh prepare hujah aku dh...
jom korang teliti hujah aku...


"may i have a word wif u? smlm u ckp pasal kucing2 i n undang2 kn? so, kami berdua dah mempertimbangkan ttg itu dan berjanji akn mengambil keputusan pd penghujung bln depan..we need 1 month notice which is i think dat is sufficient notice la kn...so, yesterday, i dgr ape u ckp, dis tyme could u please listen carefully dgn apa yg sy nk ckp..?listen..mula ari ni sampai bila2 selagi kami duduk di situ, jgn pandai2 nk curahkan pape kt lantai dpn umah kami. u curah cecair tu yg u claim it as asid..it cause lantai tu jd slippery, umah kami dkt dgn tangga, if org lain lalu n tergelincir n jatuh, org akn salahkn kami..if dat happened, i xrasa u akn come forward n admit rite sbb sume org xsuke kena face trial at court n dijatuh hukum dun u??? then, u nk i pk pasal anak2 jiran ni...i tgk diorg sihat walafiat je...siap main bola sepak kt ruang dpn ni walhal padang kt bawah punya luas...kucing i xkacau diorg pn...kuar umah pn x..u nk i pk pasal budak2 ni, tp ada korang pk, yg u curah cecair tu kt depan umah i, wat lantai licin n i dh jatuh tergolek..slmt xjd pape, if i cedera? if i preggy n miscarriage? camne? u nk dtg mintak maaf? simply camtuje? do u think i akn terima permintaan maaf if dat happened? korang
dh ada ank, dh beranak pinak, if i preggy, dis will b my 1st baby, if jadi pape, do u think about my
feeling? ada pk? u nk i pk budak2 yg dh hidup tu? ada pk baby dlm kandungan i? ada?! if u nk
bercakap pasal undang2 dgn i, g la ngadu kt mbsa, i dun mind, tp remember, if i lodge police report,
attach together hasil report dr doctor i kesan dr i jatuh smlm sbb lantai ni licin, u akn disabitkan
kesalahn bawah akta kanun keseksaan tau..jenayah! if i miscarriage..u leh disabitkan kesalahan di bawah s.312 & s313...s312 memperuntukkan

"barangsiapa dgn sengaja menyebabkan seorang pmpm yg hamil gugur hendaklah diseksa dgn penjara selama tempoh yg blh sampai 3 thn atau dgn denda atau dgn kedua-duanyadan jika pmpn itu mengandung dgn anak yg cukup sifat hendaklah diseksa dgn penjara selama tempoh yg blh sampai 7 thn danbolhelah juga dikenakan denda"

manakala s.313 pula memperuntukkan ttg keslahan pengguguran tanpa kerelaan pmpn tersebut di mana:

"barangsiapa melakukan kesalahan yg ditakrifkan dlm s.312, dgn tiada kerelaan pmpn itu, samada pmpn itu mengandung anak yg telah bersifat atau tidak, hendaklah diseksa dgn penjara yg boleh sampai 20 thn dan blh la juga dikenakan denda"


so, if u nk ngadu kt MBSA, go ahead...i dun mind sbb if i lodge police report, issue i akn lbh besar n

ketara..u almost menjadi pembunuh tau x??? u xyah nk minta maaf sbb i xkn terima permintaan

maaf..ank dlm kandungan adalah lbh bernilai dr permintaan maaf u atau sesiapapn...next tyme, if i

jumpa any cecair di depan umah i,i will not feel hesitate tuk amik tindakan yg lbh seyes....remember

dat...!if u ada nampak lelehan kt umah i i risau itu akan menyebakan bau n kotor, juz knock our door,

talk to us n i akn cucikan..xyah nk pandai2 curah ape..besides, u xde hak pnnk wat pembersihan kt

umah sy....dis is my persoanl advice...nk consider ke x lantak u...sbb i take ur words yesterday, n kami

consider..so, if u still degil, xmo consider my advise dis tyme, better bersiap sedia la nk bergelar pembunuh.

*****************************************

Aku dh siap2 print akta yg ada penerangan ttg S.312 & S.313 tu..siap highlight lg..nk kasi kt dia suh dia simpan.....

ko nk ckp pasal undang2 kn hitam legam? aku ni belajar undang2 tau..so, u choose the wrong person!

Thursday, 19 July 2012

Sila baca dulu....

Salam semua....

kali ni aku nk share true experience aku la...
dtg dr kes hubby degil xmo dgr nasihat aku...
see! see!! kn dh ada prob...
nw sapa heroin u?
i jugak kn!


heh~

Ok la, normally if student law la kn..
lectures or even my boss selalu pesan..
ari2 diaorg akn repeat the same thing..
BACA DULU, BACA BETUL2, FAHAMKAN BETUL2.

so, korang leh apply nasihat tu baik tuk keja or study or masa nk wat any perjanjian!!
ye, itulah issuenya entri kali ini...

My hubby tempoh ari, sgt dlm kegianan nk beli motor baru, lg2 dgr ada moto Rakyat tu keluaran modenas..ape tah namanya...MR1...ituke?? ye la kut.. *ada aku kesah?? heh~
(aku xkesah sbb aku xminat moto, aku minat keta je, sbb abis SPM je aku terus byr depo beli keta kancil aku yg aku cinta smpai skrg...hihiihih ;p )

So, pasal perjanjian...
KORANG TLG BACA N FHMKN DULU APA JE SURAT YG MINTAK KORANG TURUNKAN TANDA TANGAN & BAGI SALINAN I/C..
bahaya siot if dah tersign surat ape tah..
tah2 perjanjian segala harta..habes korang!!!

So, berbalik tu my hubby nyer case..
disebabkan kemarukkan beliau yg ketara nk beli moto..xkira ape ke jenama moto..janji moto...katanya sng nk p keja...jimat kos..itulah motipnya ketika itu...
aku plak ckp kt dia "awk jgn beli dl, tunggu tgk2 budget n decide"

Sekali...sekali...sekali...
bila dia advance...tau2 mlm tu dia ckp "t awk ada masa, kita g kedai moto kt Kapar erh, b dh byr deposit RM100, diorg suh bawak u tuk sign surat perjanjian".

Ok jap! aku sentap...since when aku bg kata laluan suh beli moto???
(ok la weh, aku bkn mengongkong suami...cuma, if bab2 perancangan & kewangan ni, aku lbh expert dr hubby, lbh2 lg bile pasal legal2 ni..dh namanya aku student law kn...sbb tu aku agk dominan la bile bab2 perbelanjaan umah..aku kn Menteri kewangan..)

Pastu...aku pn ckp "erh, awk nk beli gak? sy xckp papepn..sy xsetuju pn...xde2..sy xnk g, sy xnk sign pape..."
hubby bls "abis tu camne?"
aku bg "burn la deposit tu...sp suh menggatal wat keputusan tnpa berbincang dgn sy..awk ingt sy sp? bibik kt umah ni yg awk wat keputusan xreti2 berbincang dgn sy dl? xpe la, if awk dh wat pangai camni, pasni if sy wat sesuatu tanpa berbincang dgn awk, jgn terasa ati plak..sp suh mulakan dl".

Ok, aku mmg hangin bile dia kuarkn duit byr2 ape2 tah yg aku rasa xreasonable..
So, atas keputusan kepala hangin aku tu, hubby pn ignore je la deposit tu n kira burn la...
xpe a burn duit RM100 dr tangguk hutang dkt RM6K!

sekali...2 kali...3 kali...
kedai tu call suh amik moto tu..ckp moto tu dh ready..
hubby ngadu kt aku...
aku fhm dh...bile dh masuk isu2 legal ni...dia "mengelupur" la suh aku setel..
Aku ckp ignore je....
so hubby aku pn ignore je..

Sampai la mlm td adik aku bg surat..
surat dr kedai tu...

aku terpaksa la edit kt surat ni....

 Yg penting...adalah isi surat tu..korang nampak x isi surat tu??
cm kecik je...

xpe, meh aku taip kt sini..
rajin seh~

JADUAL KEEMPAT - Akta Sewa Beli 1967 (Seksyen 16)
PEMBERITAHUAN MAKSUD UNTUK MEMILIKI SEMULA

Ambil perhatian bahawa ___________________________________________tuan empunya kenderaaan ___________________ yang dibeli oleh tuan/puan dengan cara bayaran beransur menurut perjanjian yang bertarikh 5 April 2012 hendak memiliki semula kenderaan yang dinyatakan di atas selepas tempoh DUA PULUH SATU (21) hari dari pengiriman pemberitahuan ini, kecuali wang tunggakan sehingga sekarang termasuk bunga wang tunggakan yang belum dibayar berjumlah RM496.10 dibayar kepada ________________________________________pada atau sebelum 1 August 2012.

So, aku pn xberapa nk fhm erti kata sebenar taukeh mata sepet ni hantar surat cenggini kt hubby aku...
dia kata kat situ nk amik balik moto tu walhal moto tu mmg ada dlm kedai dia je..laki aku xde plak amik moto tu...

Bukankah sepatutnya if org dh byr booking fee tu beli brg pastu if dia dh xmo amik brg tu, kira burn je la duit booking fee tu, n xpyh la nk pyh2 lg hantar surat cinta ke hape utk claim itu ini?
aku ckp camni sbb aku pn pernah wat mende yg sama dl..hihihi ;p
excited nk tambah keta, aku g booking kt perodua...byr dh wit..
suh diorg setelkan loan aku br aku nk byr depo..
tp, pastu aku call diorg ckp aku xjd beli keta...xmo proceed, so kira burn la duit booking tu..
xde plak lepas tu perodua call aku tuntut itu ini...

Aku tanya boss aku, dia pn xmengerti apakah motif taukeh mata sepet ini menghantar surat sebegini rupe..
haiya taukeh a....wa punya boss, lawyer tau ka?
dia juga tidak mengerti akan motip disebalik kehadiran surat ini...

So, aku ada la a bit membebel semalam kt hubby..
sampai hubby aku pegang kepala muka stress sbb aku dh start bgceramah bertajuk
"KNP DEGIL XDGR NASIHAT SY, INILAH PADAHNYA".

So, arini aku call la shop tu n tanya status pembelian ni sbb siap tulis kt situ dh ada no surat perjanjian...beerti dh sign la kn..tp bila aku mintak salinan, hentam dia suh laki aku g kedai bincang dgn taukeh mata sepet dia..

yg aku nk gelakkan ialah..haiseyman...
ko xreti speaking erh...
aku br golek2 sikit je tunjuk poyo dr legal firm..
sekali dia mintaka ku ulang 10 kali ape aku ckp..
yg paling aku ko sama la mengom dgn taukeh mata sepet ko tu..
sbb...
dh tau ko tu xreti n xfhm bahasa English...
xyah la ko sshkn diri n org len sampai ko suh aku repeat 10 kali..
cer ko jujur je suh aku translate dlm bahasa melayu...kn sng..

tp korang jgn la risau...
aku buli minah tu sekejap je..
pastu aku ckp bahasa melayu la...

So..
so..
sooooooooo..

so, kesimpulannya, minah tu mintak aku jumpa bos dia jugak..
ok la..
aku contact hubby aku suh bawak sorg kwan dia teman n g la jumpa taukeh mata sepet tu..
aku bkn takut laki aku kena hentam, cuma aku risau dia hentam bertekak dgn taukeh mata sepet tu...
sbb hubby aku nyata bengang dgn kehadiran surat tu..

So, arini aku harap dpt la setel hal ni..
xde la aku kena poyo2 lagi call shop tu..
ckp mcm lawyer..
professional habis...
*ok..aku praktis ok..praktis cara2 nk jd lawyer...boss aku gak yg suh praktis...

So, aku hrp masalah ni leh setel dgn baik n aman,,,xyah turun naik court...sakit kepala wooooo!
So, korang semua..
please la..FAHAMI SESUATU SEBELUM SIGN N BG SALINAN IC KE HAPE..BAHAYA TU!!!!!

Wednesday, 18 July 2012

Wordmore Wednesday

Salams emua!!

ha~ tajuk entah pape kn?
tp korang layan je la ocehan aku ni erh..

sbnrnya, smlm aku g ada jumpa KP Fakulti Undang2 UiTM..
bincang pasal permohonan sambung study aku..

hajat di hatia ku nk minta PLK je sbb aku nk kerja..

gie x! aku suke keja ni...xstress, boss baik..mana nk cari??
cer korang ckp!

Tp keputusan yg dpt ialah xleh keja n wat PLK, 
kena sambung full time..
maknanya aku kena resign dr keja aku skrg..
sblm bln 9..

skrg..skrg...
dh bln 7!!!


Arini aku bile tgk muka kdua2 org boss aku tu, aku rasa ssh ati..
kesian pn ada..
ye la...diorg punya ssh nl dpt pekerja yg kekal tau...
asyik bertukar je...
aku rasa bersalah gile dgn diorg...
br mula kerja, dh nk berhenti...

tp, peluang study ni sekali je dtgnyer, t leh kerja lg dgn jawatan yg lbh baik n income yg lbh baik..

So,aku tunggu la t ape jd bln 9 t..
apapun, aku kena get ready la kn...

 Tapi..sudahnya..
aku dh tau jawapannya..

permohonan aku tuk wat PLK tu diterima..
tp aku nk tolak la sbb...
sbb...
sbb aku nk kn full time mode tu...

& aku dh pn bg notis sebulan tuk berhenti keja kt bos..
rasanya bos pn dh kuar iklan cari pekerja baru..

ok la..
aku mmg sedih n rasa berat ati je nk tinggalkn keja ni..
seyes seronok ko!
keja sng, bos baik ati..
lewat ckit xper..
xkena tolak gaji..
men fb blh..
on9 pn leh..
asalkn keja siap..
itu sj....

alahai bos...
harap2 kita bertemu lg la encik2 bos....
sy suke bekerja dgn anda..

seyes suke!!!!