![]() |
Biyu |
14hb Februari
adalah sambutan hari kekasih sedunia. Amboi, ramai la yang berpulun-pulun nak
beli coklat, tedy bear dan juga bunga ros. Aku percaya, time ni, tauke coklat,
teddy bear dan bunga ros memang masyuk la. Memandangkan aku tiada kekasih,
makanya aku tak ada la sambut pun. Tapi kalau aku ada kekasih pun, tak ada juga
aku sambut hari kekasih tu. Tak ada faedahnya.
Tapi, hari ni adalah hari yang
menyedihkan buat aku. Aku kehilangan anak kucing kesayangan aku, Biyu. Aku tak
tahu punca kematian dia. “arh…dada aku sudah mula berombak, nak menangis!!”. Aku
memang tak boleh kenang kisah Biyu, dari kisah Biyu la aku belajar untuk lebih
prihatin terhadap kucing-kucing peliharaan aku. Mungkin itulah hikmahnya, ia
menjadikan aku lebih prihatin. Sedar atau tak , kini aku menjaga kucing-kucing aku
seperti anak aku sendiri. Kehilangan
Biyu memang member pengajaran.
Aku masih ingat, tengah hari tu,
aku dengar suara Biyu seperti biasa, nyaring. Tapi, sifat kemalasan aku dan
sikap xambil peduli buat aku tak langsung menjenguk Biyu di dalam sangkarnya.
Petang tu, aku tidak lagi mendengar suara Biyu, senyap, sunyi, sepi! Aku pun
pergi menjenguk Biyu dan aku lihat, Biyu sudah terkial-kial menarik nafas. Ya
Allah, apa dah terjadi ni. Aku sudah gelabah, panic! Tak tahu nak buat apa. Jam
sudah menunjukkan pukul 6.15pm. klinik Veterinar mana lagi yang buka
waktu-waktu begini? Tanpa membuang masa, aku mengajak adik aku untuk menemani aku
mencari klninik veterinary. Malangya, semua klinik veterinary sduah tutup.
Destinasi terakhir aku ialah Klinik Veterinar s.15, Shah Alam. Malangnya klinik
itu pun sudah tutup. Waktu tu, hanya ada aku dan Biyu di dalam kereta sementara
Mia pula keluar. Awan sudah mendung, angin pula bertiup agak kuat. Aku lihat
Biyu sudah makin tidak bermaya, aku tahu, dia akan “pergi” meninggalkan aku. Aku
panggil Biyu dan kemudia aku terdengar sahutannya walaupun lemah. Saat ini, air
mata aku sudah tidak mampu dibendung lagi. Aku menangis. Aku lihat Biyu sduah
keras, tak bernafas. Biyu menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan aku di
dalam kereta. Waktu tu, hujan sudah mula membasahi lantai bumi, tanah-tanah
mula basah manakala pepohon merimbun melambai-lambai ditiup angin. Namun, hati aku
tidak senyaman udara yang berlegar.
Kemudian, dalam esak tangis, aku
memandu kereta ke tempat kali pertama aku menjumpai Biyu. Aku tanamkannya di
sana. Waktu itu waktu Maghrib dand alam keadaan hujan renyai. Aku katakana
“Biyu, di sini dulu akak jumpa Biyu, akak pulangkan Biyu di sini ye, maafkan
akak sebab tak jaga Biyu dengan baik, salah akak”. Hakikatnya aku
takberhenti-henti menyalahkan diri sendiri dengan apa yang berlaku. Sehinggakan
laman Facebook aku dipenuhi lambakan notes tentang Biyu. Tentang kenangan aku
dan Biyu dan tentang betapa aku kesal dengan sikap acuh tidak acuh aku. Memori
terakhir aku dengan Biyu memang indah. Aku sempat bawa Biyu berjalan-jalan
menaikikereta dan pergi ke kedai membeli barang-barang dapur. Itulah detik
terakhir sebelum Biyu pergi meninggalkan aku.
Biyu..ank kucing ni aku jumpa kat tepi jln,
hurm, kalernyer ala-ala kelabu dan matanya kaler biru, di situ dia dpt nama
biyu…ala-ala sebutan pelat utk biru la..tp, ibu panggil dia kecik…kuikuikui…si
kecik biyu!
Memandangkan dia ni kecik, so aku duk jenoh layan kerenah dia ni, sgt
nakal n manja, suka gigit jari-jari tangan aku, dia ingat makanan dia agaknya!
Huhuhuhu… dia ni juga suke main rantai aku, bila aku tido atau baring-baring di
ruang tamu, tiba-tiba jerasa geli kat leher, rupanya makhluk kecik ni duk nak
gigit rantai kat leher ni..aiyok!!! kalau tak bagi, dia naik atas badan dan membising!
Pastu, dia ni suke ikut org tak kira la mana kita berjalan pun, dia ikut
je kaki ni…then, dia suke tidur menghadap muka aku or mia. Kalau kitaorg
baring, dia akan baring gak kat depan muka kitaorg, xtau la pe motif dia..dia nak
suh kitaorg tgk dia je kut..hehehehe…
Biyu ni gak suke memanjat atas lappy aku, amboi, kalau buka lappy, dia
akan sibuk panjat nak duk lalu atas lappy, kalau tak bagi, dia bising, kalau
pindah tempat tinggi, dia hentam manjat gak semata-mata nak lalu atas
lappy. Masa aku menaip ni, dia elok je tido sebelah lappy ni. Tak tahu kenape,
dia mmg nk tidur mesti depan org. Oh, manjanya Biyu..
Warkah ini aku
titipkan tentang isi hati aku kerana kehilangan Biyu:
Dear Biyu….
Maafkn akak Biyu, sume slh akak, akak yg
xreti jg Biyu, anggap je akak dh aniaya Biyu, mmg slh akak, mmg akak yg
berdosa..akk yg seksa Biyu..akak yg xreti syg Biyu..slh akak..tp, apapun, akak
rindukan n syg sgt2 kt Biyu…lps ni, sp lg nak men gigit rantai akak? Sp lg nk
duk kt atas dashboard? Sp lg nak men kejar2 dgn akk kt dlm umah? Sp lg nk
bising2 kt akak? Sp lg nk gigit jari akak? Sp lg nk kejar n panjat lappy akak?
Sp lg yg asik nk tido menghadap akak? Sp lg nk golek2 kt tapak tgn akak? Sp lg
nk berebut mkn dgn akak? Akk baru rasa seronokny ada Biyu, tp Biyu
pergi..Biyu..kalau akak mati, akak hrp, akak dpt jumpa Biyu kt syurga..maafkan
akk Biyu sbb xjg Biyu dgn baik…Biyu leh slhkan akk sbb akak xreti jg Biyu..mmg
slh akak..
Ya Allah, andai aku yg tlh membuat
kesilapan ketika menjaganya, maka hukumlah aku, aku redha. Aku ingin
bertanggungjawab ke atas kematiannya. Ya Allah, andai aku mati kelak, usai
selepas engkau menentukan jln hidupku selepas matiku, berikanlah aku peluang
utk bertemunya kembali, bertemu dgn kucing2 ku yg lain, berikan aku kesempatan
walau sekali utk memohon kemaafan atas apa jua kesilapan yg tlh aku lakukan
terhadap mereka.
Biyu, tenanglah di sana, akak pasti Biyu
lbh bahagia di sana, janji akak, akak akn jd lbh baik lps ni. akak sygkan Biyu
sampai akhir hayat akak, terima kasih sbb bg akak peluang bermanja dgn Biyu
even sekejap. Biyu byk mengajar akak utk menjadi lbh bertanggungjawab.
Biyu, mmg kenyataan ini menyakitkan, akk
mmg xberdaya nk terima semua ni, tp akak berserah padaNya. Mmg setiapkali akk
pejamkan mata, akak ternampak Biyu..Biyu, terima kasih n maafkan akk…maaf
sgt2…akk yg gagal…sekor anak kucing pn akak xreti jg..akk mmg bodoh Biyu…mmg
salah akak Biyu..mmg slh akak…
“…Terkapai2 ku
kelemasan, sakit dilambungg ombak kerinduan, di dlm tidur, did lm jg, diburu
olh mimpi yg serupa, mengapa aku jd tidak menentu krnmu, ku menyelusuri jln yg
berliku, membiarkan hari2 berlalu, tiada slm tiada pesan, memaksa diri utk
melupakan, namun wajahmu, bermain di mataku, tiap waktu..mlm ku suram, siangku
kelam, ku gelisahan…dan kau ku tinggalkan bersama luka di hati…”
Berlayar
berbelok-belok,
Sauh dibongkar di
tempat tenang,
Yg tinggal hati tak
elok,
Yg pergi adakah
senang?
~Bila sampai waktu,
kita akan bersama….
Kekesalan aku
memang tidak mampu dibendung, titisan air mata tak perlu la diceritakan. Tapi,
malamnya, di saat aku sedang bersedih, Abi telah menghadiahkan aku 2 ekor anak
kucing untuk dijadikan pengganti Biyu. Sepasang. Aku namakan mereka Bee bagi
yang jantan dan Yu bagi yang betina. Sejakdari kepergian Biyu, banyak yang aku
pelajari. Aku menjadi makin prihatin. Ye, aku menguruskan sendiri kucing aku
tanpa mengharapkan sesiapa, malahan aku lebih kerap memerhatikan mereka, hingga
tahap apabila aku ke kuliah, aku pasti call ibu dan bertanya tentang anak-anak
kucingku itu.
0 comments:
Post a Comment